DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

M U J A H A D A H


Bismillahirrahmanirrahim..

Apakah maksud mujahadah? Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi". Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat? Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.

Allah SWT berfirman :
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah al Ankabuut : 69 )

Syekh Imam Al-Ghazali Berkata :
"Mujahadah adalah kunci hidayah, tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah�

¤ ittaqullah ¤

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala(hadith Qudsi):
“aku mengikut prasangkaan hambaKu terhadap diriKu. Oleh kerana itu ,bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainnya.”(Al – HADITh)

Seorang penulis mengatakan :”Harapan adalah materi untuk membangun kesabaran dan yang akan membantu orang untuk bersabar.Dan alasan untuk berharap materi untuk membangunnya adalah berbaik sangka kepada Allah, kerana berbaik sangka kepada Allah adalah jaminan untuk tidak gagal.Sejauh pengamatan ana tentang watak orang-orang mulia dapat ana simpulkan bahawa mereka cenderung mengangkat orang yang bersikap baik kepada mereka, mengesampingkan orang yang kurang ajar kepada mereka, dan malu untuk tidak meluluskan harapan orang yang berharap kepada mereka. Lalu bagaimana dengan Dzat Yang Maha Dermawan yang tentunya tidak akan kesulitan memberi kepada orang-orang yang mencita-citakan Dzat dimaksudkan lebih dari yang mereka angankan tentangNya.”

Contoh kecintaan Allah kerana sikap hambaNya yang selalu menaruh harap kepadaNya dan menanti pertolongan dan naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari kesulitan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan , setelah tidak tahu lagi harus ke mana ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya , setelah kehabisan pintu harapannya tertutup , setelah kehabisan aqal , dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujia menjdai pendorong bagi dirinya unatuk mengarahkan harapannya kepada Allah dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baiknya kepadaNya.
Bersabarlah, Kerana Sabar Menjadi Anda Terpuji
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu’anhu:” Jalan jeluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan hati. Sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan.”
Dia juga pernah mengatakan:” orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik.”


DI PETIK DARI BUKU DONT BE SAD/LA TAHZAN
¤ ittaqullah ¤