DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

* Ku Pinang Engkau Dengan Bismillah..*

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku Pinang Engkau Dengan Bismillah..



seorang pemuda 25 usianya..beriya-riya mahu mencari calon isteri seterusnya melangsungkan pernikahan..dia mengetahui dirinya bukan insan yang serba cukup tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan yakinnya dia pada Allah..menyedari dia hanyalah seorang pekebun kecil dia tidak merasa terhina dengan pekerjaannya tetapi merasa bersyukur kerana dapat melaksanakan kerja yang halal lagi beribadah..

bukan mudah untuk dia mencari seorang calon isteri ..pada suatu ketika..
“biasanya aku solat berjemaah di surau kampungku..kekadang aku pula yang duduk di depan makmun..aku sangat bahagia bila aku dapat bertemu sahabat-sahabat surau..pada suatu hari ada seorang makcik..bertanya tentang diriku..mengenai untuk menyelesaikan hasratku..pada waktu itu aku baru sahaja selesai berjemaah untuk pulang ke rumah..”
“dia memberikan alamat seorang muslimah di kg berdekatan..aku belum diberitahu perihalnya..pada keesokan harinya aku memberanikan diri ke rumah nya..dia ditemani ibu bapanya..aku memberitahu akan perhalku kepada keluarga mereka..bila menyedari akan diriku..tidak henti-henti keluarga mereka melihat atas dan kebawah..apa berkebun?kau nak bagi anak aku makan pasir? Kau nak bawa anak aku dengan apa , dengan motor cabuk ni?...aku diam seribu bahasa”..mengalir keringat kekecewaan..
mungkin keluarganya kurang faham agama
...pada suatu ketika
aku berdoa semoga dipertemukan dengan calon isteri yang solehah..aku pergi ke rumah pak imam..aku menceritakan akan hasratku..tambah lagi aku juga penghafal Al quran..” aku diberi no telefon oleh orang tengahku..dia mengatakan muslimah itu suka..masa aku pulang solat subuh aku bertembung dengan pak imam..dia memberitahu akan aku perihal anaknya..”dia” tak berapa suka dengan pekerjaan kamu..apa jaminan kamu padanya..yaAllah apa kah cubaan ini..aku cuba bertanya kembali pada muslimah itu..tetapi muslimah itu seperti biasa jawapannya..ternyata lah ..keluarga mereka tidak menyukaiku..aku berterus terang bahawa aku tidak boleh teruskan..sedih pedih..kerana tiada lagi manusia yakin soal jaminan Allah..
aku teruskan pengembaraan ku ini.pada suatu ketika............

ketika aku berjalan pulang dari masjid , aku terjumpa satu dompet , agaknya kepunyaan seorrang muslimah..aku melihat alamat tertera ..ternyata selepas itu aku pergi mendapatkan tempat itu..sebuah rumah banglo dua tingkat..aku memberi salam , salam dijawab mesra..santun jwapannya dari seorang makcik..syukur ku tidak terhingga , aku dijemput masuk..
ketika itu aku belum mengenali siapakah pemilik dompet muslimah ini..aku memberitahu kepada keluraga tersebut aku terjumpa dompet beralamatkan disini..seorang pakcik terus menngambil dompet lalu membukanya.ini kepunyaan anak perempuan kami..
nak mari sini..ada kejutan..
ye ayah ada ape ye..?
ini ..dompet saya ayah..mana ayah dapat..
pemuda ini yang pulangkan katanya dia terjumpa
alhamdulillah..syukran akh..
anak pakcik ni ingin mencari calon suami..tetapi sampai sekrang masih belum berjodoh..
aku terus menceritakan akan perihal diriku..dengan perasaan rendah diri juga aku menceritakan aku tidak punya apa-apa kecuali diri sendiri..
keluarganya memberi kata positif dengan kata-kataku..mereka belum ketemu pemuda yang jujur untuk anaknya..mana mungkin engkau akan mengkhianati anak kami..jadi kami hendak jodohkan dirimu dengan putriku..
disitu jugalah aku sujud syukur padanya..

--------------------------------------------------------------------
Kadang kadang aku terfikir mengapa orang yang sederhana fikiran nya mampu meyakini orang soleh yang biasa pekerjaannya mampu membina kebahagiaan yang sama seperti orang lain amnya..aku sangat-sangat bersyukur..
Aku sengaja menceritakan yang aku tidak punya apa-apa ..sebenarnya pekerjaan ku adalah hasil wasiat walidku..jadi aku perlu tunaikannya sebaik mungkin..
Dengan bismillah ..aku sudah menjadi seorang suami...sykurlillah

Cerpen min Huzaifah
Desa kG Belian
Kelantan




KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN
asslamualaikum w.b.t sahabat pembaca yang budiman..
  hati-hatilah dengan kesempitan..bila seorang insan itu berada dalam kesempitan..terasa susah , terasa sesak , terasa tak tentu arah , terasa terdesak , terasa buntu mencari penyelesaian..bertenang lah dahulu..perkara sebegini kekadang insan setinggi mana pun ilmunya , berdepan dengan soal kesempitan , kadang-kadang akal yang sihat tidak lagi waras..hanya tindakan yang membabi buta , gopoh , resah , gelisah yang akan membuatkan kita akan terus terbelenggu dengan masalah yang lain..
   Ingatlah bahawa kita tidak boleh mengharapkan belas ihsan , bantuan , sokongan , pendapat orang yang lain yang kita sendiri belum mengenal peribadinya..tanpa kita sedari kita telah dicuri kesempatan oleh orang lain kerana perasaan kita yang tidak sabar-sabar..bukan mudah berdepan soal sebegini..memang tidak dinafikan bukan orang biasa saja yang sukar menghadapinya hatta orang yang tinggi ilmunya juga terbabit sama..
    tidak lah coretan ini menghina sesiapa , tetapi mengikut pengalaman saya di bangku kehidupan yang mencabar dengan setiap karenah manusia akhirnya barulah saya menyedari kekadang kesempitan bukan hanya sekadar kesempitan jika tersilap langkah ia boleh membuat kita lagi menyesal dengan tindakan kita yang tidak matang dalam berfikir..akhirnya memusnahkan kehidupan cita-cita dan impian kita..
   pengertian hidup bukanlah sekadar kita berbicara mengenainya tetapi menghayati sendiri kehidupan dan pengalaman diri..selalunya kita menganggap bila berlakunya kesempitan , kita dapat menyelesaikannya melalui orang-orang yang kita anggap “memudahkan”..tetapi dalam keadaan sedar mahupun tidak , tindakan kita telah dihidu oleh mereka yang tidak berlaku jujur dan ikhlas..kerana kita menyangka orang yang kita minta selesaikan masalah kita tiada masalah , ok semuanya..tetapi mereka semua insan sama seperti kita mahu menyelesaikan masalah , cuma dengan cara masing-masing..
   Diam bukan bererti betul , dan senyap bukan bererti akal terus beku , tetapi bertali arus mencari penyelesaian sendiri..bak kata pepatah “diam-diam ubi berisi “ itulah jawpan yang sesuai ..dalam kepayahan mencari makna hidup ada insan yang sanggup pijak ke atas insan yang lain dengan cara yang begitu halus..sebab itu kita kadang-kadang perlu berlakon “lurus” dengan insan lain , supaya kita mengetahui mereka ini sama ada insan yang jujur atau sebaliknya..mencari kesempatan dalam kesempitan perlu tetapi bukanlah pada mereka yang sempit ..
    usah kita percaya pada kata-kata yang sememangnya banyak dusta.. Sebab kita mengetahui apa yang kita buat..janganlah disebabkan percaya pada yang diciptakan ,lupa untuk percaya pada Yang Menciptakan..
 (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(At thalaq 07)
    ..mungkin hari ini kita cuba mencari kesempatan tetapi jangan dilupa hari esok atau lusa orang akan akan melakukan tindakan sama ke atas kita..insan yang serba kekurangan..
jaga diri jaga peribadi..Taqwalah padaNYA..



DI BALIK TABIR PERJUANGAN..
istiqamahkan kesetiaan perjuangan
Ingatlah aku masih teguh disini
Hadapan atau belakang saf bukanlah syarat
aku inginkan utuh berjuang

sedarilah kekuatan perjuangan
tidaklah  tinggi atau rendah
melainkan harap kita padaNya
yakin kita pada Allah

sedikit atau banyak
Bukanlah pengukur perjuangan
melainkan keikhlasan yang tertinggi
Kejujuran yang bukan keduanya

Di balik segunung kepayahan
Ada selautan rahmat kemudahan
Tribulasi penuh keinsafan
Mencapai sejuta kemanisan

By Huzaifah
Kelantan darul Naim

¤ ittaqullah ¤