DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Kalau Saya Pakai Tudung , Siapa Nak Kahwin dengan Saya?

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

assalamualaikum..pada pembaca penting ni..tengok video ..kejap dan tak payah bayar pun..




petikan yang cuba saya tuliskan


A=WANITA TANPA HIJAB
B=MEWAKILI WANITA BERHIJAB





A: saya sudah letih..
B: LETIH sebab apa?

A: dengan semua orang yang bercakap tentang saya
B: SIAPA ?

A: macam perempuan tu..setiap kali dengannya , dia suruh saya pakai tudung
B: OH itu kan perkara biasa..tudung selalu menjadi topik utama

A: memang lah...saya pun selalu dengar tentangnya
B: LAGIPUN kan elok kalau awak pakai tudung

A: siapa kata?
B: Ia ada disebut dalam Al Quran kan?

A: ya ..dia pun ada kata begitu. dia kata dalam surah Annur dan juga dalam surah-surah yang lain..ya tapi itu bukanlah dosa besar..
   bantu apa yang mereka mahu lebih penting
B: BETUL tapi setiap dosa besar bermula dari dosa kecil

A: memanglah apa yang kita pakai tu tak penting..yang adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci..
B: HABIS kenapa awak habiskan masa berjam setiap pagi untuk bersolek? awak habiskan banyak wang untuk alat solek..itu tak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak..

A: tapi saya tak suka pakai tudung..ia merampas kebebasan saya.
B: Habis tu losyen dan alat solet buat awak bebas ke? beritahu saya , apa makna kebebasan bagi awak?

A: kebebasan adalah melakukan apa saja yang kita suka
B: Salah..kebebasan adalah melalukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa..

A: awak dengar sini , saya lihat ramai yang tak pakai tudung dan mereka itu baik..dan ramai yang pakai tudung tapi mereka itu jahat..
B: Habis tu..kalau yang baik dengan awak tu kaki botol..adakah itu bermakna awak akan jadi kaki botol juga?

A: saya tak nak jadi fanatik..saya dah ok dan tak perlu pakai benda ni..
B: maknanya awak fanatik pada sekular..dan ekstrimis yang ingkar perintah Tuhan

A: awak tak faham !kalau saya pakai tudung..siapa yang nak kahwin dengan saya?
B: Jadi orang yang pakai tudung tak pernah kahwin lah?

A: ok,jka sya kahwin dn suami sya tak suka saya pkai tudung dan dia tidak mahu saya pakai tudung..
B: LELAKI yg tidak patuh pd perintah agama tidak patuh dikahwini..

A: habis , siapa nak ambil sya bekerja?
B: TENTULAH syarikat yang hormat pada pekerja mereka seadanya..

A: kenapa awak nak berkira sangat hal agama..yg hanya melibatkan secebis pakaian ni?
B: KENAPA awak perlekehkan wanita kerana kasut tinggi..dan warna lipstik mereka?

A: awak tak jawab soalan saya..
B: SAYA dah jawab..tudung bukan setakat sehelai pakaian , ia adalah perintah..ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi untuk setiap wanita ..tapi baju pendek dan seluar ketat awak..

A: itu fesyenlah..kenyataannya tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita..
B: BAGAIMANA pula dengan wanita yang melawan suami mereka kerana ingin memakai tudung dan wanita serta rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung mereka oleh lelaki? apa yg awak nak kata tentang itu?
   orang yg suruh awak pakai tudung tu bukan wanita kan?

A: betul tapi..
B: TAPI fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke? betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi? sudah lah tu..

A: jap , saya belum habis cakap
B: AWAK nak cakap apa?awak nak cakap lelaki kawal wanita dengan gunakan tudung?

A: ya..
B: SECARA spesifik bagaimana?

A: dengan beritahu kita macam mana dan apa yg perlu dipakai..
B: TIDAKKAH TV , filem , majalah beritahu awak apa yg perlu dipakai dan bagaimana nak cantik? bukankah itu mengawal namanya? mempangaruh awak untuk pakai apa yg mereka mahu awak pakai ..mereka bukan saja menguasai awak..tapi pasaran juga

A: apa maksud awak?
B: MAKSUD saya, mereka yg mencipta majalah itu mahu lihat awak kurus kering dan annorexia macam wanita kat muka depan majalah tu..

A: saya tak faham..apa pulak kaitan tudung dengan produk?
B: IA ada kena mengena..kamu tak perasan ke? hijab adalah ancaman kepada konsumerisme, wanita berhabis berbillion ringgit untuk kelihatan kurus kering dan hidup dalam standard fesyen yg direka oleh manusia dan islam Muncul untuk beritahu luaran itu tidak penting sebaliknya utamakan dalaman diri kita..
   jangan peduli tentang apa yg manusia kata tentang penampilan diri kita ..




insyaAllah..sape2 yang belum wear hijab..sempurnakanlah tutup aurat terutamanya ahli keluarga yang terdekat kita..moga Allah memberi hidayah.. atas jalan islam yang sempurna..Amin

 ¤ ittaqullah ¤