DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

takdirnya begini

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

harap pembaca sihat sokmo dan ceria selalu..

gambar di ambil ketika di zoo johor ..cute tak dia possing?


Petang itu panas sangat membingit tubuh..kepanasan kehausan umpama berada di padang pasir..saya dengan begitu teruja sekali..niat saya ingin berpuasa dan berbuka pada hari pertama dirumah..alhamdulillah perjalanan saya seolah-olah menarik jasad untuk sampai kedestinasi..tapi ada sesuatu yang sering saya bimbangi

Selalunya itulah yang terjadi pada saya dan mereka-mereka yang melalui jalan grik ini..dari grik ke jeli memakan jarak 100 km ..bermakna 100 km saya berada di dalam hutan rimba pada hari itu , hujan sedikit-sedikit turun..innalillah.. , sebanyak tiga kejadian kenderaan terbabas dan jatuh ke dalam parit..sebab itulah pesan saya ,nak drive laju boleh asal kan cekap tapi usah rasa teruja sangat untuk sampai ke destinasi , berzikirlah , itulah pengubat hati yang tenang dari kegelojohan..selalunya yang terbabas , yang terjunam , terlanggar adalah disebabkan sikap gelojoh..

Sebenarnya sebab itulah saya memanggilnya perjalanan yang menginsafkan..

Selepas sampai di tanah merah tempat lahirnya saya di tanah ini..saya dilahirkan di rumah dan pernah dipelihara oleh orang cina..hati saya sedikit terubat kerana dapat menautkan kembali dengan sahabat seusrah dahulu..setiap hujung minggu kami akan bergerak dan bermalam di taska islam ..malam berqiammuallai pagi beriadah ..tetapi sayang , perubahan sahabat saya amat mendadak sekali..sedikit tersasar dari tujuan sebenar..oleh itu saya mengajak sahabat2 saya untuk makan dan bersembang sambil diselitkan sedikit nasihat..bukan apa saya sendiri pun menasihati diri sendiri..

7 tahun saya terpisah keranaNYa , tetapi apakan daya takdirnya begini..takkan berpaling persahabatannya..kerana bermula saat perkenalan ini , bermula episod pejuangan yang panjang..kerana sahabat saya inilah yang mula-mula menautkan hati saya kepada masjid..

Saya sendiri tidak berani mengatakan apa-apa padanya , Cuma hanya berdoa semoga kembali seperti dulu , persahabatan yang bertaut kerana jalan dakwah..alhamdulillah walau sekejap Cuma , sedikit sebanyak , dapat melepaskan rindu pada sahabat lama..mungkin ada banyak kisah pahit mahupun manis sepanjang persahabatan ini..

Lewat malam saya sampai ke rumah , alhamdulillah , perjalanan lancar sekali..Cuma sesekali dua terpaksa berhadapan dengan roblok..tapi saya masih lagi teringat ucapan seorang pejuang islam..bila hendak pulang ke rumah , beliau di roblok polis , rupanya polis mengenalinya lantas polis berkata dengan geram , mampuslah kerajaan dato’

Dan saya nak ambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan
Oh ye 3 hari yang lepas saya berpeluang memasuki kampus KUIN di mergong , saya dipandu arah oleh syeikh ibnu mansor utk forum bicara ramadhan yang diadakan di dewan KUIN..syeikh ibnu mansor banyak membantu saya sepanjang seminggu dua saya berada di kedoh..mengikuti kuliah2 bersama dia ibarat bersama sahabat2 saya yang lain..alhamdulillah..syukran ya akhi

alhamdulillah dalam pertemuan itu juga saya bertemu syeikh ibnu rosyan..ana menucapkan syukran banyak2 ye .tak sia2 berada disana banyak ilmu yang dapat dikongsi.. insyaAllah panjang umur jumpa lgi..

Dua kalimah
Gerik
perak


¤ ittaqullah ¤