DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

pasti rindu terubat

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم




telah kudengar suaranya
memanggil manggil sayup
ketika tangan bersatu
eratlah sebuah mawaddah

hari ini aku ibarat terenjat
sebuah cinta yang ikhlas terpesona
mengharungi kasih yang penuh rona
terlerai segala mazmumah

kasih yang tertaut kerana Dia
Sang Penguasa Pencipta Alam
biar bekorban nyawa kerana cinta
jangan tersabung darah kerana derita

setia hari ini bukan penentu bahagia hari muka
hanya keyakinan yang teguh merubah segalanya
bila cinta disandarkan padaNya
pasti rindu terubat hanya untukNya


naziran
kemaman
terengganu



 ¤ ittaqullah ¤