DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

SERIAU BULU ROMA

Bismillahirrahmanirrahim..


Baru-baru ini saya ayah dan mak saya pergi ke hospital untuk menziarahi datuk saudara yang telah dimasukkan ke wad akibat musibah penyakit..dalam perjalanan pulang , kami ditemani maklong dan maksu ikut tumpang pulang ke rumah..entah tiba-tiba air mata keluar

“so ayah saya memulakan pertanyaan pada maklong saya sama ada boleh pulang ikut lorong tu, lalu ikut bawah pokok telagi..”
“maklong saya terus melatah, aisy taknak lah..maklong dah pernah kena sekali..bermulalah kisah seram..dulu maklong kerja pulang lewat malam..maklong lalu ikut pohon itulah..maklong jadi demam-demam..masa demam ada lembaga memeluk maklong..



Peeerh air mata keluar  seram saya dengar cerita ini..
Mulalah sambung menyambung..pak saudara saya masa tu dia pulang dengan motor lalu ikut pohon tu..masa dia lalu ada sesuatu yang mencuit beliau..pak cik kau tu pandang kiri kanan tak de orang..terus dia memecut laju motor..

Saya ingatkan saya dah delete semua cerita-cerita seram yang menakutkan ..tapi rupa-rupanya masih lagi terdengar bisikan seram itu..

Dulu masa saya masih lagi di bangku persekolahan..banyak kisah suka maupun duka.. keluarga saya hanya tinggal di rumah sewa..tinggal disitulah juga kisah yang paling menguji keluarga saya..bermula kisah yang penuh ujian itu apabila keluarga saya tinggal di rumah sewa..daerah itu adalah tempat kelahiran saya , kakak abang dan adik saya..

Dalam buku Aqidah Islam Prof Sayyid Sabiq menulis , Jin atau Syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat dengan mata(zahir) .Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain , menyerupai sahabat terdekat , kekasih atau suami , seorang wanita dan haiwan..

Kisah saya
Dulu , biasalah kalau budak kampung..pergi dalam hutan dan semak ,saja –saja untuk bermain wau ,buat khemah..Cuma main kawin-kawin je tak sempat.he3

Seingat saya saya bersama-kawan-kawan pergi ke dalam hutan..dulu popular dengan ayam bapak(bukan bapak ayam) ayam betul-betul..masa itu ada seorang kawan saya menjerit”poontianaaaak” semua lari kecuali saya..eh M kau tak takut ke?” saya tak dapat jawab Cuma bahu saja yang di angkat..


Satu lagi ketika kami asyik bermain guli..kami duduk berehat di dapur belakang..kami terdengar bunyi”tipp”seperti ada orang buka dapur gas.. semua lari termasuk saya..”bunyi apa tu..memang di rumah ni tak de orang kat dalam..

Ada perkara yang melucukan , saya bersama sepupu pernah mengusik orang dengan mereka kain putih untuk dijadikan bahan hantu,,tetapi kami buat bulan puasa..kelakar pun ada,,tapi ada juga segelintir yang lintang pukang lari berkeliaran..

Yang klimaks dalam hidup saya adalah , bila saya hendak tidur atas katil..kalau orang lelaki , biasanya tidur telentang sambil tangan di belakang..mata saya masih belum pejam sepenuhnya..tiba-tiba ada sesuatu yang menarik tangan saya ke belakang..saya cuba bersuara..tapi tak terdaya..suara saya tak keluar.seluruh tubuh saya tak dapat bergerak..berkat doa –pendek yang dibacakan dalam hati..alhamdulillah saya terselamat dari godaan itu..

Kisah ayah saya
Ketika pulang lewat malam dari kerja ayah saya di baling pasir dari seseorang..siapa malam malam baling pasir..kerap kali lantai rumah kami ayah saya cakap di pijak-pijak..dulu rumah kayu..

Dulu masa ayah saya kerja di pahang..dia bersama adik ayah saya tinggal di rumah sewa..sebelum itu telah ada orang cina tinggal disitu..masa orang cina tinggal disitu..keesokan pagi mereka terkejut sambil menyebut”hayyala hayyala” tidak semena-mena mereka telah tidur di atas kubur..aisy siapa yang tak seram..siapa yang angkat mereka..

Selepas itu ayah dan adiknya pula tinggal..memang berlaku yang telah diduga..masa itu ayah saya tak dapat bekerja kerana demam..lalu keseorangan ayah saya di rumah itu..masa itulah lantai dipijak-pijak seperti ada beberapa orang yang berjalan ke hulur ke hilir..


Kisah mak saya
Mak saya seringkali basuh kain pada waktu lewat malam..masa mak saya kusyuk menyalin air..tiba-tiba rambut dan bulu roma berdiri tegak..

Seringkali ular hitam menyelingkap masuk ke rumah..
Kata pakar ilmu perubatan tradisional dan ustaz..kita dilarang terburu-buru brtindak ke atas haiwan ini..bimbang ia bukan ular tetapi hanya jelmaan jin..oleh itu terlebih dahulu kita disuruh mengusir haiwan ini..jika haiwan ini tidak keluar ternyata ini adalah ular betul..


Kisah jiran saya
Pak cik menceritakan dia sekeluarga tak pernah tidur dalam bilik mereka anak beranak semua tidur kat luar..entah terasa ada sesuatu yang mendiami..kisah yang paling seram dia cerita..lewat malam dia hendak ke bilik air..tiba-tiba dia terserempak dengan arwah pemilik rumah dengan pakaian berkembang serta rambut terurai..lantas dia mengekori arwah tersebut hinggalah di ruang dapur..arwah tadi terus ghaib..
Ada sesekali pakcik hendak menyimpan motot di dapur..tiba-tiba dia terhidu bau wangi ada ketikanya bau yang sangat busuk..

Ada lagi ada ketika dia melihat pohon buluh di sebelah rumah bergoyang-goyang kuat seperti ribut tetapi tiada satu ribut yang melanda pada masa itu..

Budak kampung sememangnya kuat dan bebal (bermaksud tidak perit bila sesuatu yang menimpa)..walaupun begitu kami tetap teruskan persahabatan kami seperti biasa bermain wau , bola sepak kekadang bermain sorok-sorok..ada ketikanya diatas pokok , di bawah rumah..orang tua-tua dulu cakap jangan bermain di waktu maghrib nanti disorok hantu..

Kalau dihitung balik memang dulu zaman kami semua masih tidak mengerti apa-apa..orang tua kata masih bodoh-bodoh lagi..

Alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama jin.alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya salingh bertindih ( Cuma dimensinya sahaja yang berbeza) Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya.

Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak , maka mereka mudak terkena tipuan dan godaannya..dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintip manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.

Semua kisah di atas adalah kisah benar dari pengalaman penulis .bukan atas dasar syok sendiri atau bajet bagus...Wallahu A’lam Bissawab

Huzaifah
Kuala Lumpur


 ¤ ittaqullah ¤