DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

-TERGILA-GILAKAN LELAKI SOLEH-

Bismillahirrahmanirrahim..




 Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan kesempatan untuk  bernafas..Hari ini saya mahu menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku kepada sahabat saya yang bersama-sama dalam arena perjuangan..

     Setelah sahabat ku ini baru beberapa bulan sahaja mencari pengalaman , terus sahaja soalan perkahwinan dilontarkan kepadanya , cukup begitu cepat rasanya tetapi dia tenang bersahaja..Bila ada seorang ustaz memberitahu ada seorang muslimah yang ingin mendirikan rumahtangga dengan sahabat ini , alangkah tiada jodoh kerana pemuda ini sudah mempunyai calon , bila ditanya siapakah muslimah itu , katanya ustaz , dia seorang doktor..pemuda itu menundukkan kepalanya tanda redha..

 “Apakah muslimat itu sanggup , dengan keadaan kesederhanaannya pemuda itu? “Tanya pemuda itu kehairanan..
“Sudah semestinya sanggup..i’nsyaAllah..” terang ustaz

      Pada suatu hari seperti biasa sahabat ini meneruskan pengajarannya di salah sebuah sekolah..Tiba –tiba dia ditegur seorang ustazah .ustazah yang senior..pemuda itu  amat bimbang sekiranya pengajarannya selama ini tidak mengikut modul yang betul..tetapi yang pelik sedikit bila ustazah itu meminta number telefon , dia memberitahu ada perkara yang perlu dijelaskan..

      Semasa pemuda itu rehat , datang lagi ustazah tadi dengan memanggil pemuda itu yang duduk di meja guru lelaki , dipanggil dari luar pintu..dia berasa cemas ,” apakah dia buat banyak silap?”

“Ana ni nak sampai hasrat seseorang , ada muslimat ni betul-betul minat ke ustaz” terang ustazah dalam pandangan menghadap ke arah padang
“Ana? …” Tanya pemuda itu sambil tangannya merujuk pada dirinya., pucat mukanya..hatinya berbicara
“em , ana nak tanya , ustaz dah ada orang ke belum.?” Tanya ustazah lagi.
“Maaf sebanyaknya , sudah ada.” beritahu pemuda itu ,dia jujur dengan kata-katanya..tidak mahu memanjangkan cerita..

      Pemuda itu malu bersahaja dia teruskan sesi pengajaran seperti biasa tidak mahu lagi memikirkan tentang itu tetapi dia sangat bangga dengan ,muslimah yang berusaha mencari jodoh . ketabahannya seperti Saidatina khadijah dalam hasrat nya menjadi pendamping Rasulullah..

  Pemuda itu sangat kagum dengan tindakan muslimat itu , kalau boleh dia mahu tahu siapa mujahidah solehah yang tabah itu..tetapi dia bimbang ada timbulnya penyakit hati , dia membiarkan dan tidak ingin mengetahui siapa gerangan mujahidah itu , hanya doa yang mampu dibisikkan padaNya..semoga dia berjumpa dengan yang lebih soleh..

   Kesimpulannya , biarlah seorang muslimah itu menghendaki sifat soleh dari seorang lelaki bukannya hensem , berharta , keturunan bangsawan..sekiranya ada semua sifat padanya , apa salahnya ..yang no 1 . baik agamanya..wallahua’lam..saya sangat respek jika mujahidah yang belum lagi berumahtangga menawarkan diri kepada lelaki soleh, itu lebih dihormati…buang pepatah “PERIGI CARI TIMBA”..terus mencari, jika ada jodoh takkan kemana..muslimat diatas telah mengubah sejarah pandangan masyarakat..itulah kehebatan pemikiran mujahidah sehingga mampu mengubah minda masyarakat..itulah sifat seorang mujahidah mampu membina keadaan..bukan dibina…

By huzaifah
Taman Bingkisan Perjuangan
Kuala terangganu


 ¤ ittaqullah ¤

2 comments:

Anonymous said...

Ya sebetulnya muslimat juga berhak memilih bakal ketua rumah yg soleh.. Alhamdulillah sewaktu permulaan ana mahu menjadi perigi yang mencari timba pelbagai anggapan yang datang, Alhamdulillah setelah meminta kekuatan dari yang Maha Kuat, ana diberikan jalan. Alhamdulillah pemuda tersebut menerima lamaran ana, sekarang dalam proses perkenalan antara dua keluarga yang berbeza. Subhanallah itulah jalan dari Allah.. Allahuakhbar rasa diri tidak layak..
Malu muslimat biarlah bertempat, untuk mencari jodoh bukan hanya menunggu muslimin merisik tetapi kita juga berhak membuat pilihan, usaha +doa+tawakal.. doakan kisah 'perigi mencari timba' ini mendapat berkat Ilahi dan juga permudahkan kearah keluarga sakinah ana.

March 12, 2011 at 9:10 AM  

subhanallah..terharu dengan kisah ustaz ni. Allahu RAhmanurRahim,,dekatkan kami dengan orang2 yang turut sama mendambakan cintaMu yang hakiki Ya Robbi..kurniakan kami psgn hdup yang blh tambah mendekatkn diri kmi dan takut kami padaMu Ya Allahu Rabbul Izzati,jg yg dpt sm2 brjuang di jalan dqwahMu ini...amin Ya Rabbal Alamin=(

April 4, 2011 at 11:31 PM