DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Ride Ziarah Arc Selangor 14 dec 18

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Kali ini program Amal Arc Ride Ziarah Selangor yang telah dijayakan dengan beberapa kehadiran motosikal dari cc kecil hinggalah otor berkuasa tinggi.

Program  dimulakan di Restoran Al mukhlis Shah Alam , kami semua berkumpul di situ dengan kehadiran UStaz Nazri dan Abang Bob lokman.





Setelah ahli semua selesai menikmati sarapan pagi, masa kami diisi dengan taujihat dan doa oleh Ustaz Hanafi.

Sementara ahli dkerhkan untuk ke motosikal masing masing, sempat lah ambil masa untuk sesi bergambar kenangan.


Program dimulakan di area Syeksyen 19 si Shah Alam ziarah seorang mangsa kemalangan dan kini dipercayai lumpuh sebelah anggota, dijaga penuh oleh isteri dan anak anak.Anak sulung yang terpaksa berhenti kerja semata mata nak jaga ayah yang terlantar sakit.



Trip kedua pula bergerak kami ke Sungai Buloh untuk ziarah Paksu untuk mengetahui lebih lanjut kedai Paksu yang terpaksa dialihkan untuk kerja kerja pembinangan longkang. Sambil ziarah kami terus menikmati makan tengahari di kedai paksu. Masakan paling popular di kedai Paksu adalah Nasi Goreng Sempoi. Disebabkan ramai yang dah memilih menu itu, saya hanya memilih Nasi Goreng ayam . Nasi memang banyak dan sedap, ditambah pula sambal belacan dan sup kosong.






Trip seterusnya kami bergerak ke Selayang, kami singgah di Masjid Attaiyyibin Tman Bidara betul betul masuk waktu zohor.

Setelah selesai semua, kami bergerak ke rumah abang Acid Ekamatra untuk mengetahui kes show yang terpaksa dibatalkan . Kami dihidangkan kuih muih dan air. Kami kusyuk mendengar cerita Abang Acid. Terasa dekat kami dengan Artis artis yang ingin berhijrah.

alhamdulillah dapatlah juga kami tahu sedikit sebanyak tertubuh kumpulan Ekamatra ini.










Alhamdulillah permulaannya lebih kurang 20 perserta pada awalnya, di akhirnya tinggal kami berlima. Kami faham masing masing ada komitment tersendiri dan kami buat setakat mampu.InsyaAllah jika dibuat lagi, kami akan join lagi.

Syukran jazilan buat pihak penganjur, ustaz ustaz, abang abang dan sahabat perjuangan.Moga segala amal yang tak seberapa ini diterima oleh Allah SWT.

Naziran Nasir
Slangor

#arc
#weRideForCharity


 ¤ ittaqullah ¤

Pemasangan kabinet Ikea di Nilai

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah beri,dapat juga disiapkan pemasangan kabinet ikea seperti yang dikehedaki customer.Cumanya tak dapat pasang penyedut asap sebab perlu kemahiran dan alat tertentu.

Kali ini trip sedikit jauh,pemasangan di Nilai,Seremban.Berbekalkan motosikal.Pelanggan dah booking seminggu lebih yang lalu.
Jika dikira berdasarkan masa,hampir 12 jam untuk menyiapkan semua ini.
Owner ada bagitahu,kalau orang ikea buat,dia mintak 2 hari untuk Siap.Tapi seriously saya buat seorang je ambil satu hari.
Dapat ilmu baru, dapat pasang dapur gas built in dengan kaedah menebuk ,pasang kabinet tepi dan pemasangan sinki ikea yang lebih besar,flow trap berkembar.
Dalam nak siapkan semua ni,entah tak perasan masa nak bangun,betul betul batang paip yang terkeluar kena atas belikat,sakit yakmat.
Apa apa pun terima kasih kepada owner kerana memilih TeamTukang.
Owner tanya tak penat ke? Kena siapkan semua dahulu, Dah selesai semua baru rasa penat😊



















    12/12/18
 ¤ ittaqullah ¤

Motor Tersadai di tepi Highway

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

al kisah 23 feb 2018 , seperti biasa berpagi pagian untuk ke tempat kerja. Saya melalui highway Utara Selatan untuk menuju ke Bandar Kuala Lumpur.

Setelah melepasi kawasan stesen minyak Petronas dan Shell, saya hendak potong sebuah treler sebelah kiri. Entah bagaimana dalam keadaan gear empat, saya tukar ke gear tiga.Lepas tu memang lepas potong treler.

Tetapi malang, motor mula semput dan semput.dan mati .

Dalam keadaan motor masih lagi bergerak, saya bawa motor ke sebelah tepi.

Periksa apa yang patut.

Start punya start, enjin tak idup hidup juga.

Telefon pihak plus, setelah hampir sejam menunggu pihak peronda plus tiba dan mereka cuba check.Tetapi malangnya mereka tak dapat berbuat apa apa, towing pun tak boleh.Diorang cakap kalau macamni lebih baik panggil kawan atau sesiapa yang boleh tunda.

Aduh kalau tahu dari awal but apa kita nk call Pluss kan? ha3










Panas pagi tu semakin menyengat sebab tiada tempat untuk berteduh , hanya berlindung di sebalik tiang elektrik. lepas cuba menghubungi rakan sekerja akhirnya dia sampai dan terus menolak motor saya ke kedai yang biasa saya servis.

Saya tinggalkan motor lagenda saya di kedai itu untuk mereka periksa apa kerosakan yang berlaku.

Terima kasih buat rakan sekerja saya dan hari itu terpaksalah saya apply cuti.

itulah pengalaman motor tersadai di tepi highway.Yang penting jangan panik. Kalau duit banyak nak guna khidmat towing pun boleh tapi dalam anggaran  Rm50-100. Mak ooi.

Sekian kisah pengalaman

servis minyak hitam motor kena jaga
Motor kalau dah gear 4 jangan masuk gear 3 bila dah laju.

Naziran Nasir
Highway



¤ ittaqullah ¤

Lari Plan

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Alkisah pada hari ini ( 19 feb 2018 ),plan nak cari helmet fullface sebelum dapat beli motor Cc besar.

Entah rasa semangat betul.Perangai saya memang macamtu,sebelum nak dapatkan yang lebih besar,kena beli aksesori yang besar dulu.

Sebelumnya saya helmet fullface ni saya try cari di area bandar Tumpat,namun tidak ketemu jua.Sebab jarang sangat orang pakai motor cc besar kot.

Akhirnya saya singgah di kedai RedWheel di area kota bharu,memang ada pelbagai jenis helmet fullface,tapi ada yang tak memenuhi citarasa dan bajet saya.Bila dah cari dan cari tak jumpa apa yang saya nak.Saya cuba bersabar dulu.Mungkin boleh beli dekat area KL sebab banyak kedai boleh pilih.



Saya biarkan sebentar perasaan nak beli helmet tu.Dah alang alang jalan dekat area kota Bharu ni,Kami terus ke Pantai Cahaya Bulan yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.hi3

Dulu pantai ni sangat popular.Sekarang pantai ini banyak dikelilingi oleh tambak batu buatan untuk mencegah hakisan ombak.
q




Tapi walaupun begitu,ianya tidak mengecewakan kerana terdapat banyak kedai makanan dengan pelbagai pilihan.Bila surey survey kami singgah di satu kedai makan,betul betul menghadap pantai.

Menu tu banyak boleh buat kami rambang mata tapi kami pilih hanya beberapa menu yang kami rasa berkenan saja.

Aiskrim kelapa jelly



Ikan,udang dan sotong celup  tepung.



Aiskrim kepal Milo.

Rasa makanan tu kalau 5 bintang kami hanya letak tengah tengah je.

Lepas makan semua tu,raikan anak bermain layang layangnya.Layang layang dia yang memang selalu stanby kat dalam kereta.

Apa pun setiap pengembaraan kami memberi pengalaman bermakna buat kami semua.

Biarlah ia jadi kenangan buat kami.Kami ditemani Adik Nasrullah.

Naziran Nasir
Pantai Cahaya Bulan
Kelantan



 ¤ ittaqullah ¤

Pahatkan Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Seperti biasa,jika ada saja kesempatan waktu untuk pulang ke kampung,kami akan balik kampung.

Untuk saat (16 feb 2018 ) ini kami pulang ke Kemaman ,Terengganu rumah mertua saya.

Seperti biasa bila adik beradik balik berkumpul,Pantai Teluk Maknik tidak boleh kami tinggalkan.Terasa menu wajib kami bila berada di situ.

Dari mula mula kami kahwin dan sehingga saat ini,Pantai ini banyak memberi seribu makna kenangan.Banyangkan kenangan kami waktu belum dapat anak lagi dan sehinggalah anak berumur 4 tahun.Disinilah kenangan kami terbina.

Apa yang bestnya Pantai disini.Salah satu tempat rekreasi orang ramai.Pelbagai juadah dijual,hukan sahaja makanan,aktiviti aktiviti bersukan juga menjadi tarikan.










Dari pantai kita boleh melihat kapal kapal berlayar,melihat desiran ombak pantai,dan mendengar riang ria kanak kanak kecil ketawa.

InsyaAllah kami akan sentiasa pahatkan kenangan disini.

Naziran Nasir
Pantai Teluk Maknik
Kemaman
Terengganu



 ¤ ittaqullah ¤