DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Ride Ziarah Arc Selangor 14 dec 18

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Kali ini program Amal Arc Ride Ziarah Selangor yang telah dijayakan dengan beberapa kehadiran motosikal dari cc kecil hinggalah otor berkuasa tinggi.

Program  dimulakan di Restoran Al mukhlis Shah Alam , kami semua berkumpul di situ dengan kehadiran UStaz Nazri dan Abang Bob lokman.





Setelah ahli semua selesai menikmati sarapan pagi, masa kami diisi dengan taujihat dan doa oleh Ustaz Hanafi.

Sementara ahli dkerhkan untuk ke motosikal masing masing, sempat lah ambil masa untuk sesi bergambar kenangan.


Program dimulakan di area Syeksyen 19 si Shah Alam ziarah seorang mangsa kemalangan dan kini dipercayai lumpuh sebelah anggota, dijaga penuh oleh isteri dan anak anak.Anak sulung yang terpaksa berhenti kerja semata mata nak jaga ayah yang terlantar sakit.



Trip kedua pula bergerak kami ke Sungai Buloh untuk ziarah Paksu untuk mengetahui lebih lanjut kedai Paksu yang terpaksa dialihkan untuk kerja kerja pembinangan longkang. Sambil ziarah kami terus menikmati makan tengahari di kedai paksu. Masakan paling popular di kedai Paksu adalah Nasi Goreng Sempoi. Disebabkan ramai yang dah memilih menu itu, saya hanya memilih Nasi Goreng ayam . Nasi memang banyak dan sedap, ditambah pula sambal belacan dan sup kosong.






Trip seterusnya kami bergerak ke Selayang, kami singgah di Masjid Attaiyyibin Tman Bidara betul betul masuk waktu zohor.

Setelah selesai semua, kami bergerak ke rumah abang Acid Ekamatra untuk mengetahui kes show yang terpaksa dibatalkan . Kami dihidangkan kuih muih dan air. Kami kusyuk mendengar cerita Abang Acid. Terasa dekat kami dengan Artis artis yang ingin berhijrah.

alhamdulillah dapatlah juga kami tahu sedikit sebanyak tertubuh kumpulan Ekamatra ini.










Alhamdulillah permulaannya lebih kurang 20 perserta pada awalnya, di akhirnya tinggal kami berlima. Kami faham masing masing ada komitment tersendiri dan kami buat setakat mampu.InsyaAllah jika dibuat lagi, kami akan join lagi.

Syukran jazilan buat pihak penganjur, ustaz ustaz, abang abang dan sahabat perjuangan.Moga segala amal yang tak seberapa ini diterima oleh Allah SWT.

Naziran Nasir
Slangor

#arc
#weRideForCharity


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: