Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah beri,dapat juga disiapkan pemasangan kabinet ikea seperti yang dikehedaki customer.Cumanya tak dapat pasang penyedut asap sebab perlu kemahiran dan alat tertentu.
Kali ini trip sedikit jauh,pemasangan di Nilai,Seremban.Berbekalkan motosikal.Pelanggan dah booking seminggu lebih yang lalu.
Jika dikira berdasarkan masa,hampir 12 jam untuk menyiapkan semua ini.
Owner ada bagitahu,kalau orang ikea buat,dia mintak 2 hari untuk Siap.Tapi seriously saya buat seorang je ambil satu hari.
Dapat ilmu baru, dapat pasang dapur gas built in dengan kaedah menebuk ,pasang kabinet tepi dan pemasangan sinki ikea yang lebih besar,flow trap berkembar.
Dalam nak siapkan semua ni,entah tak perasan masa nak bangun,betul betul batang paip yang terkeluar kena atas belikat,sakit yakmat.
Apa apa pun terima kasih kepada owner kerana memilih TeamTukang.
Owner tanya tak penat ke? Kena siapkan semua dahulu, Dah selesai semua baru rasa penat😊
Owner tanya tak penat ke? Kena siapkan semua dahulu, Dah selesai semua baru rasa penat😊
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment