DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Di persimpangan aku berdiri

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم 





Cukuplah, kusimpan semua ceritaku yang dulu
Tentangku, tentang apa pun yang membuatku tiada berarti
Di persimpangan aku berdiri membisu
Harus kuputuskan, ke manakah ku melangkah
Jangan lagi usikku
Meski aku tak tau ke mana lagi aku berlari
Kejar harapan yang sempat mengelam
Biarkanlah ku hidup dengan nafas yang baru
Nafas yang menyimpan kedamaian
Di persimpangan aku berdiri



 ¤ ittaqullah ¤

Suami Mu

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم



Wanita........

Jika engkau seorang isteri....Dan jika telah memilih Seorang suami yang biasa-biasa saja..

Sesekali pandangla wajah suami mu disaat dia tidur...apabila seharian telah berpenat lelah menitis kan keringat untuk sesuap nasi bagi mu dan keluarga mu.....

Itula wajah yang tiada pertalian darah dengan mu namun masih sanggup berpenat lelah demi mu ....

Itulah insan yang bagi mu dia tidak pernah peduli tentang hati mu....tidak pernah mencuba memahami kemahuan dan kehendak mu....

Tapi tahu kah engkau....

Didalam hati nya merintih dan meratap untuk merubah hidup mu dan anak-anak mu menjadi lebih baik......dia seperti ayah mu yang sentiasa menyembunyikan duka dan air mata dan seolah-olah dia tidak memikirkan apa pun di hadapan mu......

Tahukah engkau....

Terkadang hatinya menangis apabila tidak mampu memberikan isterinya mewah semewah isteri hartawan yang sentiasa dihiasi dengan kesenangan.....hatinya luluh bila setiap permintaan anak-mu  dan permintaan-mu terpaksa diganti dengan "tunggu dulu"atau "nanti dulu".....

Jika engkau seorang isteri yang suami nya dari orang biasa-biasa saja.....

Jangan terlalu meminta......jangan terlalu memberontak....jangan terlalu egois....

Pahami suami mu...
Pahami pekerjaannya itulah rezeki yang membuat kau hidup sehingga hari ini....apa pun pekerjaan suami mu selagi ia halal untuk dia menafkahi keluarga mu ikhlas kan hati mu.....

Hargai keringatnya......

Sungguh hati nya akan terluka,seandainya terdengar sungutan dari  mu duhai isteri"aku menyesal berkahwin dengan lelaki miskin seperti mu"

Duhai isteri......ketahuilah.....

Semiskin apa pun suami mu....
Syurga-mu masih di telapak kaki nya.....

Hargai budi dan jasa seorang suami ...kerana mereka telah sanggup dan berkorban segalanya demi menjaga Amanah Allah iaitu diri-mu dan anak-anak mu......bersyukurlah siapa pun pemilik tulang rusuk-mu...Allah pimjamkan suami sekejap saja....tiba waktu insan yang bernama suami itu akan pergi meninggalkan kan mu.......

Jika semalam kita berdosa pada suami,hari ni cuba kita perbaiki...pegangla tangan suami kita cuba rasa kan tiada lagi kelembutan di telapak tangan nya....itulah tangan yang telah bersusah payah berhujan dan berpanas untuk membahagiakan keluarga mu....

Lumrah kita sebagai seorang wanita akan cemburu....melihat wanita lain yang bertuah memiliki suami yang memiliki segalanya....

Tapi tahukah kita apa yang kita lihat tidak seindah yang diimpikan.....sesuatu itu terkadang nampak indah setelah belum dimiliki....

Pahamilah....
sungguh dia suami-mu yang dari orang biasa-biasa itu bukan Malaikat untuk memenuhi segala kehendak-mu.....Sesekali berterima kasih la padanya atas pengorbanan dan setiap titisan keringat-nya untuk keluarga-mu"

Kerana kau bukan Seorang Bidadari.....dan suami mu bukan Seorang Malaikat"




 ¤ ittaqullah ¤

Ride Ziarah Arc Selangor 14 dec 18

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Kali ini program Amal Arc Ride Ziarah Selangor yang telah dijayakan dengan beberapa kehadiran motosikal dari cc kecil hinggalah otor berkuasa tinggi.

Program  dimulakan di Restoran Al mukhlis Shah Alam , kami semua berkumpul di situ dengan kehadiran UStaz Nazri dan Abang Bob lokman.





Setelah ahli semua selesai menikmati sarapan pagi, masa kami diisi dengan taujihat dan doa oleh Ustaz Hanafi.

Sementara ahli dkerhkan untuk ke motosikal masing masing, sempat lah ambil masa untuk sesi bergambar kenangan.


Program dimulakan di area Syeksyen 19 si Shah Alam ziarah seorang mangsa kemalangan dan kini dipercayai lumpuh sebelah anggota, dijaga penuh oleh isteri dan anak anak.Anak sulung yang terpaksa berhenti kerja semata mata nak jaga ayah yang terlantar sakit.



Trip kedua pula bergerak kami ke Sungai Buloh untuk ziarah Paksu untuk mengetahui lebih lanjut kedai Paksu yang terpaksa dialihkan untuk kerja kerja pembinangan longkang. Sambil ziarah kami terus menikmati makan tengahari di kedai paksu. Masakan paling popular di kedai Paksu adalah Nasi Goreng Sempoi. Disebabkan ramai yang dah memilih menu itu, saya hanya memilih Nasi Goreng ayam . Nasi memang banyak dan sedap, ditambah pula sambal belacan dan sup kosong.






Trip seterusnya kami bergerak ke Selayang, kami singgah di Masjid Attaiyyibin Tman Bidara betul betul masuk waktu zohor.

Setelah selesai semua, kami bergerak ke rumah abang Acid Ekamatra untuk mengetahui kes show yang terpaksa dibatalkan . Kami dihidangkan kuih muih dan air. Kami kusyuk mendengar cerita Abang Acid. Terasa dekat kami dengan Artis artis yang ingin berhijrah.

alhamdulillah dapatlah juga kami tahu sedikit sebanyak tertubuh kumpulan Ekamatra ini.










Alhamdulillah permulaannya lebih kurang 20 perserta pada awalnya, di akhirnya tinggal kami berlima. Kami faham masing masing ada komitment tersendiri dan kami buat setakat mampu.InsyaAllah jika dibuat lagi, kami akan join lagi.

Syukran jazilan buat pihak penganjur, ustaz ustaz, abang abang dan sahabat perjuangan.Moga segala amal yang tak seberapa ini diterima oleh Allah SWT.

Naziran Nasir
Slangor

#arc
#weRideForCharity


 ¤ ittaqullah ¤

Pemasangan kabinet Ikea di Nilai

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah beri,dapat juga disiapkan pemasangan kabinet ikea seperti yang dikehedaki customer.Cumanya tak dapat pasang penyedut asap sebab perlu kemahiran dan alat tertentu.

Kali ini trip sedikit jauh,pemasangan di Nilai,Seremban.Berbekalkan motosikal.Pelanggan dah booking seminggu lebih yang lalu.
Jika dikira berdasarkan masa,hampir 12 jam untuk menyiapkan semua ini.
Owner ada bagitahu,kalau orang ikea buat,dia mintak 2 hari untuk Siap.Tapi seriously saya buat seorang je ambil satu hari.
Dapat ilmu baru, dapat pasang dapur gas built in dengan kaedah menebuk ,pasang kabinet tepi dan pemasangan sinki ikea yang lebih besar,flow trap berkembar.
Dalam nak siapkan semua ni,entah tak perasan masa nak bangun,betul betul batang paip yang terkeluar kena atas belikat,sakit yakmat.
Apa apa pun terima kasih kepada owner kerana memilih TeamTukang.
Owner tanya tak penat ke? Kena siapkan semua dahulu, Dah selesai semua baru rasa penat😊



















    12/12/18
 ¤ ittaqullah ¤

Motor Tersadai di tepi Highway

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

al kisah 23 feb 2018 , seperti biasa berpagi pagian untuk ke tempat kerja. Saya melalui highway Utara Selatan untuk menuju ke Bandar Kuala Lumpur.

Setelah melepasi kawasan stesen minyak Petronas dan Shell, saya hendak potong sebuah treler sebelah kiri. Entah bagaimana dalam keadaan gear empat, saya tukar ke gear tiga.Lepas tu memang lepas potong treler.

Tetapi malang, motor mula semput dan semput.dan mati .

Dalam keadaan motor masih lagi bergerak, saya bawa motor ke sebelah tepi.

Periksa apa yang patut.

Start punya start, enjin tak idup hidup juga.

Telefon pihak plus, setelah hampir sejam menunggu pihak peronda plus tiba dan mereka cuba check.Tetapi malangnya mereka tak dapat berbuat apa apa, towing pun tak boleh.Diorang cakap kalau macamni lebih baik panggil kawan atau sesiapa yang boleh tunda.

Aduh kalau tahu dari awal but apa kita nk call Pluss kan? ha3










Panas pagi tu semakin menyengat sebab tiada tempat untuk berteduh , hanya berlindung di sebalik tiang elektrik. lepas cuba menghubungi rakan sekerja akhirnya dia sampai dan terus menolak motor saya ke kedai yang biasa saya servis.

Saya tinggalkan motor lagenda saya di kedai itu untuk mereka periksa apa kerosakan yang berlaku.

Terima kasih buat rakan sekerja saya dan hari itu terpaksalah saya apply cuti.

itulah pengalaman motor tersadai di tepi highway.Yang penting jangan panik. Kalau duit banyak nak guna khidmat towing pun boleh tapi dalam anggaran  Rm50-100. Mak ooi.

Sekian kisah pengalaman

servis minyak hitam motor kena jaga
Motor kalau dah gear 4 jangan masuk gear 3 bila dah laju.

Naziran Nasir
Highway



¤ ittaqullah ¤