DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

tokoh Al KELANTANI (1872 - 1935) sejarah yang tak mungkin berulang

Bismillahirrahmanirrahim..


Tokoh guru pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Bachok dan Tok Kemuning.


Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman b. Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.


Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung belajar di Pondok Cha-ok, Patani berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah b. Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di Kota Mekah - berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi.


Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Mekah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukannya ialah ihsanuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata'Allah sebagai teks utama. 


Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikannya semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk.


Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memukat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayam jantan laklung persis orang pelihara ayam serama zaman ini.


Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga Repek dan Haji Awang Beta ini kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zukaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan di Kubor Selehong, Tumpat.


Antara murid-muridnya yang masyhur ialah Pak Chu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Hj. Pak Man Berangan, Hj. Che Mamat Kok Keli, Hj. Awang Lambor, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj Abdullah Tal Tujuh (datuk saya), Hj Abdul Rahman Tendong, YB Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latiff Jerteh ( Terengganu) dan lain-lain.





Suluk ( tempat beribadat )

Merupakan tempat beribadah atau pertapaan seorang Wali yang digelar Tok Selehor atau nama sebenarnya Abd. Rahman bin Othman. Lokasi perletakannya adalah di Tanah Perkuburan Kok Pasir yang dibuat seperti lubang kubur dimana saiznya hampir sama dengan kubur yang dibina untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Pondok ini didirikan pada penghujung abad ke 19. Beliau juga telah mendirikan sebuah madrasah untuk mengajar murid-muridnya. Tok Selehor seorang yang zuhud dan warak, beliau bimbang hatinya menjadi angkuh dan riak. Oleh itu, beliau membuat suatu lubang khas di antara perkuburan Kampung Selehor (berhampiran madrasah) untuk tempat "SULUK" agar beliau sentiasa ingatkan mati. Tempat tersebut masih kekal hingga ke hari ini.


Kini madrasah yang pernah beliau jadikan tempat mengajar ini telah dinaikkan taraf menjadi masjid dan kini dikenali dengan nama Masjid Tok Selehor.atau masjid kok pasir






Kisah suluk & bapa saudara ana
   Bapa saudara ana seorang guru silat ana panggil PAK LONG..pernah menceritakan kepada ayah ana beliau pernah masuk untuk bertapa di suluk ini..apa yang menariknya , ayah saudara ana tidak tahan berada di dalam suluk tersebut..banyak ujian dan perkara pelik berlaku..jadi tidak sampai satu hari , beliau surrender , mnyerah diri keluar dari tempat pertapaan tersebut.lepas keluar , terus badan nya naik demam...selama ana tinggal di kampung itu juga , seumur hidup ana , tak pernah lagi masuk ..disebabkan kunci..bukan semua orang boleh masuk..boleh rujuk gambarnya kat bawah..




LOKASI DAN SEJARAH KG KOK PASIR 


Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15  kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu.  Keluasannya kira-kira 270 ekar. 
Dari Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan jalan sungai.
Kampung sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan Kg. Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 % berbangsa Melayu dan beragama Islam. 


Latar Belakang. 

Mengikut sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula diterokai sekitar tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri Terengganu iaitu Haji Che Yusof dan Che Hussin.
Haji Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin meneroka tanah di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu ramailah orang lain yang datang mendiami kampung ini.  Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai merajuk kerana pertelingkahan keluarga. 

LAGENDA 


Mengikut lagenda,  sungai di kampung ini ialah tempat persinggahan (Pengkalan) perahu-perahu layar pedagang untuk menjual dagangan termasuk garam, gambir, kain beberapa barangan lain.  Kebanyakan mereka dari Thailand. Perahu-perahu layar mereka dikenali dengan panggilan “JONG”

Entah bagaimana pada suatu hari, sebuah JONG mereka yang sarat dengan barang dagangan karam dipukul ribut.
Semuanya tenggelam termasuk barang dagangan tidak dapat diselamatkan hanya nampak tiang layar (tempat itu merupakan dasar sungai yang paling dalam dipanggil lubuk).  Berita tenggelamnya Jong itu telah tersebar  luas. Selepas peristiwa jong tenggelam itu, kampung ini dikenali dengan nama “Kampung Lubuk Jong”
Nama Lubuk Jong ini, makin lama semakin hilang dari ingatan penduduk di sini sebagaimana hilangnya tiang layar yang terbenam di sungai. Proses hakisan dan pereputan menghilangkan terus layar jung dari pandangan mata begitu juga nama kampung Lubuk Jong hilang dari sebutan orang ramai.


Pengkalan tempat persinggahan perahu-perahu dagang terus maju dan makin lama makin maju. Bukan sahaja mereka berjual-beli, malahan ada diantara mereka singgah ke darat untuk memasak nasi bagi kegunaan harian.
Pada suatu hari berlaku satu peristiwa dimana salah seorang daripada satu keluarga  menyuruh anaknya memasak nasi. Anaknya bertanya berapa banyak nasi hendak dimasak.
“Se leng ke Mak?” (satu leng sukatan lama sama dengan ½ cupak)  , jawab maknya “Hor” (ya) anaknya inginkan kepastian lalu diulang-ulang beberapa kali.
Peristiwa itu telah didengar oleh beberapa orang di sekitar yang kemudiannya menjadi buah mulut oleh orang ramai sebagai suatu jenaka kampung dan terus tersebar sehingga kampung ini  dikenali sebagai kampung “Selehor “ iaitu hasil gabungan antara   perkataan seleng +  hor. 

Dengan kemunculan Hj. Abdul Rahman bin Hj. Othman seorang ulama yang zahid, mutabbar dan waro’ maka Kampung Selehor ini tersohor bukan sahaja di Kelantan, seluruh negeri-negeri di Malaysia, malahan di negara Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Disebabkan terkenalnya Kampung Selehor ini, menjadikan Haji Abdul Rahman dikenali sebagai Tok Selehor. Nama Hj. Abdul Rahman lebih sinonim dengan nama Tok Selehor.
Setelah meninggalnya Tok Selehor pada tahun 1935 maka kampung Selehor pun makin lama makin hilang dari ingatan hinggakan generasi ketiga kini tidak lagi mengenali kampung Selehor. 

NAMA KG. KOK PASIR 


Cetusan idea untuk menamakan kampung ini dengan nama Kampung Kok Pasir adalah berdasarkan kepada perkataan KOK bagi orang-orang di sini bermakna tanah tinggi.

Bertepatan dari segi geografi, keadaan tanah di sini beralun dari sawah kepada kok, kemudian sawah dan kembali kepada kok semula begitu seterusnya seolah-olah gelombang alunan ombak.

Disebabkan terdapat kok -kok  (tanah tinggi) dan ianya diliputi oleh tanah-tanah pasir, maka bertepatanlah lokasi ini dinamakan Kampung Kok Pasir.

Kampung Lubuk Jong, Kampung Selehor dan Kampung Kok Pasir  adalah terletak di lokasi yang sama. Kemasyurannya mengikut rentetan sejarah. Generasi kini lebih mengenali Kampung Kok Pasir  daripada kampung Selehor atau Kampung Lubuk Jong. Pun begitu orang-orang lama di Kelantan masih mengenali kampung Selehor jika dibandingkan dengan Kampung Kok Pasir.

Nama kampung Kok Pasir diharap akan berkekalan selamanya sebagaimana kekalnya tahap perpaduan masyarakat yang jitu, hidup harmoni,toleransi, bersatu padu, rukun damai dan memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi dan berdaya saing. 


Suluk Tok Selehor - di dalamnya adalah tempat mengasingkan diri
dan tempat menjalankan ibadat.
Penulis pernah bermain-main disekitar kawasan ini di waktu kecilnya , semuanya dikelilingi oleh perkuburan..





Wakaf ini didirikan oleh Tok Selehor  sebelum tahun  1920 dan masih kekal utuh hingga ke hari ini.
Penulis pernah berhenti rehat disini sewaktu kecilnya sambil berbual-bual dengan sepupu sepapat..semuanya kampung saudara-mara terdekat..



Gertak atau jambatan Selehor yang terletak di sekitar Lubuk Jong ini mengundang pelbagai Peristiwa.
Disinilah kejadian bunuh diri sering berlaku..terjun ke dalam sungai dan telah mengorbankan beberapa orang kerana dilanggar kereta api
- PENULIS pernah menaiki basikal berjalan menerusi jambatan ini yang penuh tragis dan aneh..semua heboh cerita tentang ana kerana melalui jambatan ini..
--AYAH SAUDARA ANA  pernah bertembung dengan kereta api sewaktu menaiki basikal , jadi Alhamdulillah , dilemparnya basikal ke dalam sungai dan dia bergantung di bawah jambatan di tengah-tengah..


Telaga Besar Tok Selehor .  Kini diperbaharui dan ianya terletak di Tapak yang bersejarah
iaitu bekas Pondok Tok Selehor yang dikini didirikan Pondok Darul Hanan.


Masjid Kok Pasir , dilihat dari arah perkuburan Islam Tok Selehor.
Warisan Sejarah Kok Pasir yang berharga. 
Tempat inilah PENULIS sering solat jumaat disini..memang mempunyai sejarah tersendiri..dan disini jugalah datuk , moyang dan kaum kerabat ana  disemadikan..AL FATIHAH..



Kisah buaya putih dan abangku

Lagenda buaya putih belaan seorang alim ulamak terkenal allahyarham Tuan. Guru Selehor masih segar dalam ingatan masyarakat di kedua-dua buah kampung berdekatan iaitu, Di Kg.Kok Pasir dan Kg.Kok Keli. Di mana suatu ketika dahulu buaya putih ini telah dilepaskan oleh tuan guru tersebut di dalam sungai ini, supaya buaya putih berkenaan akan dapat menghalau mana-mana buaya-buaya lain yang cuba untuk menganggu orang kampung yang hendak mencari hasil tangkapan di sungai atau bermandi-manda di dalam sungai.

Waris terdekat ana..muslimat pernah dilibas ekor oleh buaya puti tersbut ketika sedang membersih pakaian di tepi sungai selehor..—ceritanya..bertul atau tidak terpulang..

Kisah ana , abang , adik  dan sepupu yang pernah bermain-main di tepi sungai kembali menyusul di setiap benakku….di waktu bermandi-manda dengan dibatasi dengan kayu..pada waktu itu timbul detik cemas di mana  , abang ana duduk berdiri di satu sampan , jatuh ke dalam sungai..nyaris nyaris lemas..ana masih kecil waktu itu , lebih kurang darjah enam..

Di dalam kegelabahan , sempat abangku berpaut pada sebatang kayu..syukur Allah masih lagi memanjangkan umur abang..peristiwa tersebut akan menjadi kisah pahit kami  adik-beradik..


Kubur Tok Selehor . Di sinilah bersemadinya tokoh Penting tok Selehor/Kok Pasir.wallahua'lam




Huzaifah
3 zulkaedah 1431 hijrah
Taman Tarbiyyah islamiah
Terengganu



































 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: