DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Guru-guru/pensyarah yang dicurigai merbahaya kepada Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru
yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan pelajar.
Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada pelajar-pelajar bahawa ugama
Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak
mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak
sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undangundang
Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan
sekarang.

Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa
kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar
selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu
pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka
alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.
Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa guru-guru yang
mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada pemuda-pemuda kita dan
menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat
bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negerinegeri
Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau
dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negeri.

Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh
pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan hal
ini, terdapat beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengahsetengah
negeri Islam dikendalikan oleh mahaguru-mahaguru bangsa Amerika
dan pakar-pakar pengajian timur.

Paling malang lagi mereka ini mengendali
jabatan-jabatan pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu
mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal
yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini
membunuh diri namanya?

*penulis sendiri pernah mendengar dengar mata dan kepala sendiri pensyarah perempuan yang telah disekularkan ..pensyarah ini pada mulanya tidak memakai penutup kepala..alhamdulillah setelah masuk IPT ni , barulah diikuti peraturannya..memakai tudung..

pernah dia menceritakan pasal perniagaan , dia kata kalau muslimat nak jual barang serta perkhidmatan contoh insurans ke apa , kalau dengan bertudung labuh , maka larilah orang bukan islam..nauzubillah , sampai begitu sekali..

ana masa tersebut sedih , sebak ..sepanjang ana berada di taman ilmu tersebut..analah paling berbangga jika semua wanita disitu mengenakan tudung labuh dan analah orang yang paling berbangga sekali jika mereka mengekalkannya..

sahabiah kena ingat hati muslimin adalah hati pelindung..insyaAllah bagi kaum hawa..alhamdulillah , ana pun bagi jugak penerangan kat beliau mengenai ini..so..dakwah itu matlamat..kefahaman islam itu hasilnya..

¤ ittaqullah ¤