DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

cerpen2 Huzaifah- ketika rindu bersujud

Bismillahirrahmanirrahim..


Pada suatu pagi ketika cuti pengajian..maka berkumpullah sebuah keluarga..senang dilihat ketika masing-masing dapat bersua-muka..maka sudah semestinya seorang ibu merasa gembira dengan kehadiran anak-anak dalam hidup mereka..
“Zamri, tolong belikan mak barang dapur kejap kat bAndar…gi dengan kak kamu tu” kata Khadijah mak kepada zamri  ..
”baik lah mak” jawab zamri..
”mak tulis la nak beli barang apa , nanti lupa pulak”  zamri mengingatkan maknya..
” ye-ye” kata khadijah...inilah rutin harian seorang ibu , memasak dan menyediakan keperluan untuk anak-anaknya..

“Jom zam..akak dah siap dah ni” ina yang nampak riang bila mahu ke luar membeli barang....
” maaflah kak , kalau begini akak pakai , zam tak nak pergi dengan akak , baik zam gi sorang..” bagitahu zam dengan nada sedikit tegas..
“hei napa ni zam, ikut suka akak lah nak pakai baju camne! Baju aku..” ina juga cuba membela dirinya yang salah..
”maaf kan zam tak nak juga pergi , selagi mana akak tak pakai baju yang molek , selagi itulah zam takkan bawa akak” zam tetap dengan pendiriannya..

“ zamri , mak bukan suruh engkau bergaduh dengan kakak kamu tu , mak suruh beli barang saja..takkan tak boleh..”  mak zamri cuba masuk campur..

”mak bukan tak boleh mak , kak ina tu , tak mahu pakai yang elok-elok ..zam bukan apa , zaman sekarang ni boleh berlaku apa sahaja” zam cuba untuk menjelaskan masalah sekarang...
” jangan engkau fikir bukan-bukan , kamu jugak nak makan. Kan?” balas khadijah dengan nada mengugut.. 
“zam tahu sesungguhnya mak tapi mak terimalah pandangan anak mak ni , anak mak mahu tangok kakak pakai yang sopan dan menutup aurat je, takkan salah mak , kak zam ambik ilmu dari belajar kat university , mak jugak kan mahu zam jadi orang Berjaya..”terang zam dalam esak..
Zam ri seorang yang berani menerangkan apa yang haq, dia mahu keluarganya menjadi keluarga muslim yang diharapkan oleh pejuang-pejuang islam..

“betul jugak kata anak aku ni , “ bisik maknya dalam hati…”ina sini jap nak , mak mahu cakap sikit” maknya berubah fikiran..”ada apa mak”ina cuba mendekati maknya sambil menggaru-garu kepala …”gini ina, baik kamu ikut saja kata adikmu itu , mak pun rasa ada baiknya..dia sayang kamu tu , dia tak mahu kamu dilihat oleh lelaki-lelaki yang ada penyakit hati..dia mahu kamu jadi solehah..sudah lama dia menyuarakan hasratnya melihat kamu jadi solehah” terang maknya dalam kegembiraan..
“ mak pun sudah lama mengharapkan hidup kita menjadi kelurga yang sakinah..bukankah kita tak lama disini?”terang dalam tanya…apa maksud mak? Tanya ina..”ye la ina , hidup kita kejap je kat dunia ni” balas maknya ..

“ma kina minta maaf atas kesalahan ina selama ini..ina pun sudah lama menginginkan keluarga yang bahagia , tapi belum tiba masanya..sekarang ina sudah tahu kenapa adik selalu marah-marah ina..rupa-rupanya dia mahu ina jadi solehah..dia sayang kak ina selaku kakak..sungguh beruntung mak kan kita ada adik macam tu?..siapa lagi yang mahu membimbing  kita , adik-adik ina yang lain tak pernah pun tegur ina”luah hati ina ..sambil memeluk maknya..

“elok lah kalau kita dah sedar  ina..mak pun sama jugak..mak pun tak pernah tegur kamu ..mak sayang kan kamu , tapi mak tersilap sayangkan kamu dengan membiarkan kamu hidup sesuka hati kamu..mak bimbang kalau-kalau kamu lari dari rumah..mak tidak mahu seperti itu..” maknya meluahkan apa yang tersirat dalam hati seorang ibu..

“ mak , ina tak pernah ada niat seperti itu , tapi ina akan lebih bersyukur dan senantiasa menanti-nanti mak akan memberi kefahaman agama buat ina..terima kasih mak kerana manjaga ina selama ini..” dakapan erat yang menginsafkan justeru kedua-dua beranak itu mengalirkan air mata.. bercucuran di pipi..

Ketika zamri melalui satu jalan , dia membawa sekampit beras yang dipikulnya , di atas bahu, dibelinya selepas menunaikan solat zohor berjemaah di masjid....ketika itulah malang tidak berbau  , “ phom-phooooom..sebuah kereta pacuan empat roda melanggarnya , zamri tidak perasan kerana kereta tersebut terlalu laju dicampur dengan pandangan matanya yang menyukarkan disebabkan terlindung dari pikulan beras di bahu kirinya..zamri terppelanting ke bahu jalan , dan meninggal di tempat kejadian itu juga....innalillah..

.....................................................................................................................................................................
“ zam , sini jap” panggil kak ina...
” minta maaf kak atas kejadian hari itu..?kata zam…
”zam sebenarnya akak yang perlu minta dari kamu zam..zam buat macam ni selama ini semat-mata sayangkan akak , sayangkan keluarga kita..” terang kak ina..

” tiada yang lebih indah kak hidup di dunia ..seindah-indah kehidupan adalah kehidupan beragama..yang kasih sayang dibentuk kerana Allah, nasihat-menasihati..berkasih sayang..beramal ibadah semata-mata kerana Allah..kak”..bagitahu zam..

“tak mengapa kak , zam tengok kak ina jadi solehah , zam dah banyak bersyukur , zam tak nak akak seperti wanita-wanita yang lain , tiada arah hidup , walaupun cantik , tapi takkan kekal lama kak , kalau kak beramal , akak mati pun dia sentiasa menemani..kita kan ada kehidupan satu lagi..hidup kat sana  riang gembira kalau kita dah kumpul benda tu kat tempat ni..” azam cuba memahamkan kakaknya.
” apa maksud mu zam” tanya kak ina..

” yela kak , bekalan amalan kita kak , kita cari kat atas dunia nilah..tak pe kalau kita hidup susah kat dunia ni kak , tak cantik pun tak pe, kalau kita senang kat akhirat, itu lebih baik dari kita senang kat dunia , tapi kita merana kat akhirat”..terang zam lebar panjang..

“ibarat ginilah kak , kalau akak nak beli cincin , mesti akak kena ada duit..jadi nak tak nak , susah ke tidak , akak kena cari duit jugak..dengan cara yang halal..penat bekerja..kalau akak nak dapat syurga , akak kena ada amalan , kena bersusah payah bangun malam , cari kerja halal..dan kena betul caranya ..nak buat amalan dengan cara yang baik , bukan dengan cara yang tak betul..” terang zamri

“ada jugak ke cari amalan dengan cara yang tidak betul zam” tanya akaknya lagi..

” eh nape pulak takde , tu kita tengok kat negara kita ni, kononnya nak buat amal , tapai kutip dengan cara buat konsert2 ..dengan penontonnya bercampur lelaki dan wanita , melompat-lompat..itu bukan mudah untuk dapat amal , tapai mudah mengundang dosa lagi..” bagitahu zamri..

“ betul lah zam memang takde yang senang nak buat benda baik kan”..ina bertanya lagi..”emm..”ringkas jawapnnya..tidak mahu menerangkan lagi..

Masih lagi ina teringat-ingat akan perbualannya dengan zamri adiknya..sebelum adiknya dijemput Allah..dia menagis teresak-esak mengenangkan adiknya..sukar untuk mencari adik seperti zamri..sentiasa memberi kata-kata nasihat yang baik buat kakaknya..menyesal ina memang tidak berguna lagi..kehilangan zamri memang satu kehilangan besar buat keluarganya..rindunya pada arwah adiknya zamri..

ina berhenti seketika , ketika membaca ayat suci Al-Quran , dia memahami maksud..

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Sejurus selepas itu , ina terus bersujud memohon keampunan kepada Allah segala dosa....



 ¤ ittaqullah ¤