DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Sekeping surat dari....dot.dot.dot

Bismillahirrahmanirrahim..


Kebelakangan ini ana sedikit sibuk dengan menguruskan peperiksaan pelajar ..esok mulalah kemerdekaan bagi pelajar-pelajar disini untuk memulakan cuti persekolahannya termasuklah guru-guru pendidik ..dalam keriangan mereka untuk pulang dengan muka semanis madu , maka ada juga muka yang semasam cuka kerana terpaksa meninggalkan sekolah buat terakhir kalinya .

       Sungguh ana rindu sebenarnya , bukan rindu pada anak-anak murid( memang rindu jugak ) tapi rindu untuk mendidik diri dan mereka..mereka memerlukannya secebis ilmu..siapa lagi yang mahu menyampaikannya kalau bukan guru-gurunya..maka pengorbanan guru kepada anak-anak pelajar memang tidak ternilai , bila anak muridnya melakar sejarah cemerlang , maka guru lah yang pertama mengalirkan air mata kegembiraan kerana dapat membentuk pelajar dengan baik .. dengan izin Allah

     Begitulah sebaliknya , bila anak –anak pelajar membuat masalah , maka guru lah yang pertama  mengalirkan air mata kesedihan , serta mencari solusi menyelesaikan masalah .Jumlah anak –anak pelajar  yang ana mengajar sahaja pada tahun ini ialah , 178 orang , jumlah yang begitu besar ..tidak termasuk keseluruhan pelajar

    Tidak dapat dibayangkan  keletihan ketika pulang dari Kuala Lumpur kerana urusan keluarga , ana tiba menyambung urusan kerja , ada segunung kertas soalan dan jawapan yang terpaksa di semak…

     Ana pulang membawa kertas ke tempat kediaman , sedang asyik menyemak serta memahami kandungan jawapan serta membuat penilaian dengan melihat skim pemarkahan , terbelek ana pada sekeping kertas jawapan dari pelajar tingkatan satu..”em ada jugak ye yang macam ni “, teingat ana pada pensyarah ana yang pernah menceritakan pengalaman student pernah menulis coretan kekesalan kerana tidak dapat menjawab ..

    Begitulah juga yang berlaku pada ana  , dalam hati tak menyangka sebab pelajar ini adalah kelas yang first sekali pelik bin ajaib..ini coretannya dalam kertas Bahasa .inggeris kertas  2..


“Ustad , bagi markah lebih sikit saya memerlukannya untuk B.I sebab saya tak pandai langsung B.I sikit pun tak pandai ( tak tipu )”

    Membaca surat ini membuatkan ana hadir suka dalam duka , pernah ana menanyakan latar belakangnya , dia berasal dari jawa (tengah atau tepi tak tahu ) sebelumnya ada juga ana mengajar secara personal bagi memahamkan dia..namanya indah ..dia ini boleh dikatakan anak soleh seiring namanya..

   Em sahabat wa sahabiah , , kalau sekiranya kalian menghadapi situasi diatas , ? apa pendapat kalian  ?

Huzaifah
5 Zulhijjah 1431 hijrah
Taman tarbiyyah islamiah
Terengganu



 ¤ ittaqullah ¤

2 comments:

Anonymous said...

balas semula surat cinta tue...jika benar dia da usaha juga walau hanya dengan menulis no soalan, itu pun kira dia berusaha juga la...xsalahkan kalau bagi 1/2 atau 1 markah?

November 11, 2010 at 10:38 PM  
huzaifah said...

wsalam Nurul Ain..em..bagus cadangan tu..memang sebagai pendidik adakalanya kita boleh membantu ana-anak pelajar bergantung pada pelajar itu , baik buruk akhlaknya faktor penting untuk menilai nya , ana cuma nak minta pendapat dari sahabat -sahabat je..syukran

November 13, 2010 at 9:31 PM