Bismillahirrahmanirrahim..
Edisi menjiwai kuasa Tuhan
Penghujung waktu..saya pulang bersama sahabat paling rapat dalam hidup saya..abang..pulang dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu..perjalanan yang begitu menyesakkan..maklumlah insan sibuk beraya..raya cina ke , raya india ke , raya siam ke..entah saya rasakan manusia sekarang teruja untuk bercuti..cuti dari fikiran yang serabut..
Kepulangan kami disambut hujan dan cuaca sejuk ditambah pula biusan Aircond kereta..
Melintasi pekan Raub , Bentong ,Lipis..kami lewati Gua Musang..sejenak terlintas di fikiran tentang mak saudara yang berada di Kemubu..yang terletak di Dabong..berhampiran juga Manek urai tempat perperangan undi suatu ketika dahulu berlaku..hadirnya saya bersama sahabat di kampus..ketika itu
Kami menelefon mak saudara ...wokey..kami dijemput mesra ke rumahnya..sudah lama saya rasa tidak mengunjungi kerumah beliau..seingat saya dah berbelas tahun tidak datang kesini..disebabkan rumah baru beliau dibina di halaman kampung..
Sepanjang perjalanan kami ke rumahnya ada-ada sahaja planing kami ke tempat-tempat ketakjuban Kuasa Tuhan..berkelana..ye la kan sambil menyelam minum air..
Kami singgah di kawasan rekreasi ..”GUA IKAN”
Sedikit coretan gambar
Ketika saya mampir ke rumah mak sedara..masyaAllah saya lupa untuk membeli oleh-oleh..sibuk mencari alamat rumah..sejak kecil saya di ajar ibu supaya membeli sedikit hadiah untuk bertamu..alhamdulillah 4/5 kali telefon , pencarian baru ditemui..
Melepas lelah seketika..mak sedara syorkan saya dan abang melawat ke Gunung Stong..dimana tempat Keajaiban Kuasa Tuhan..salah satu AIR TERJUN TERTINGGI DI ASIA TENGGARA..kami teruja untuk mendaki..tetapi telah diberi amaran dari beliau supaya berhati=hati , musim hujan..licin..
Begitulah keterujaan kami...entah sudah berapa ekor pacat telah menggigit kaki kami..hayya habislah darah saya dihisap oleh mereka..free pulak tu..
Selesai possing n solat , kebetulan mak sedara telefon suruh balik makan..macam mak saya..kebetulan juga perut kami dah lapar..habis lenguh kaki dibuatnya naik ke atas gunung ni..penat weh..fikir-fikir nak balik Tumpat lagi ada la lebih kurang 3 jam lagi..penat masih basah lagi..pemandu pula sorang je..
Alhamdulillah mak dan ayah sedara sediakan nasi lemak , that’s my favourite..tak makan banyak, dua pinggan je..he3..perut dah kenyang ibarat tangki minyak dah penuh.. jadi kami kena gerak la slow2..jarang sebenarnya dalam dunia ini..bila kita datang ke rumah orang, dijemputnya kita untuk makan nasi..barulah saya terkenang pada mak dan ayah..berkeras ajak tetamu untuk makan..sebabnya saya dah rasa pengalaman duduk di rumah orang..lapar perut weh kalau tak di ajak..nak harapkan kita sendiri buka tudung saji rumah orang, malu muka la..
Soo,kami nak balik dah..rehat yang panjang..
Terfikir juga bagaimana adik-adik di surau sekarang ni..hanya tiga empat hari sempat saya bertemu mereka..berjemaah bersama-sama mereka..alhamdulillah sedikit sebanyak surau berhampiran rumah saya kembali hidup..masalah masyarakat dikampung juga kalau tak de imam dah tak datang dah..takkan nak tunggu saya kut..saya bangga ada insan seperti Pak nik rajin beribadah..tetapi kesihatannya sedikit kurang..bila melalui jalan di rumah kedai beliau ..saya mengajaknya bersama ke surau..bersama adik-adik lain yang cekal..sekian..
dibius Aircond
Huzaifah
Kuala Lumpur
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment