Bismillahirrahmanirrahim..
Ini salah satu cerita lama saya..pertama sekali saya nak mintal maaf ,
bukan nak bajet bagus ke hapa ke ,bajet 2012 tak kira.. janji maksud cerita
sampai..k
Saya tidak ingat semester berapa
pada masa itu...tetapi yang pasti minggu selesai exam semester nak cuti raya..saya masih ingat lagi , roomate saya ni
pandai berniaga ...mahasiswa pengajian islam dakwah...ada dua kemudahan kalau
nak balik berkampung..naik Bas di stesen Kuala Terengganu..atau Bas sendiri
mari angkut penumpang..jadi roomate saya yang incharge kan Bas masuk ambik
...walaupun dia tu rommate
..roomate-roomate pun kena bayar la jugak..
Kalau member naik bas boleh la
kita nak gelak-gelak , lihat kanan kiri depan belakang..tapi muslimat
sekeliling syeikh kena buat warok la sket ..duduklah saya macam kucing malu..
Bukan saya sahaja , tetapi
berduyun- duyun yang mahu balik..ke
rumah masing2 selepas “merdeka”... lelaki pada ketika itu hanya ¾ orang
sahaja..yang ramai nya mahasiswi..kebanyakan dari mereka pulang ke besut dan kelantan./..
Hendak diceritakan ramainya
penumpang pada waktu itu..ada seorang mahasiswi..dari segi penampilannya lebih
kurang bertaraf kakak.. yang bimbang nya adalah kat depan saya tu dia duduk
bertenggek kat tepi pintu bas......kesian memang tak de kerusi kat situ.tak patut dia
duduk situ..memang kesianla bayangkan dia muslimah duduk pula di depan
lelaki..hayya manyak susahla..kita nak tengok kat depan pun serba salah..asyik
nampak dia je..'
Kalau duk depan tok imam boleh
tahan lagi , tapi ini depan saya..kalau
setakat tercabut kopiah tu biasala..takut tercabut benda lain..jeng kreng la..sib baek tak
pakai kain ..
fikir punya fikir camne ek nak suruh dia tak duduk depan..tu..nak suruh dia duduk belakang takkan nak ke dia bersila kat belakang tu..sit dah penuh..
Jadi tanpa melengahkan waktu..saya
bagi hanset saya pada dia..bukan bagi free..saya pun bagitau
“asslamaualaikum..akak baca ni”
“lama juga dia memahami..”em sapa
hantar ? tanye dia
“saya kak..”saya isyaratkan tangan
ke dada..
Sejurus selepas itu saya bertukar tempat duduk ,biarlah saya menanggung seksa
sekejap..seksa sebab apa tempat saya duduk tu tak boleh bersandar badan..memang
bukan kerusi pun ..tetapi terpaksa lah bergayut dekat tiang bas....rasanya..
nasib baik dia tak baling saya dengan kasut..
Nak tahu apa yang saya tulis kat
dalam hanset saya..
“akak lebih elok duduk kat tempat
saya , takpe biar saya duduk kat situ..tak elok perempuan duduk situ..”
Alhamdulillah mesej tercapai..jadi
saya jadikannya teknik..buat lah kalu tak mahu di tafsir negatif..insyaAllah
berpuas hati..sampai maksud ...
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment