DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

padaku yang menanti

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


Jaja !! emm syafiq..pok ok.sorang demi sorang nama saya sebut...tertiba bunyi “kreekk” bunyi pintu dibuka..saya cuba melihat apa yang ada dalam bilik itu..dengan pantas saya buka dan secepat itu jugalah saya lari bertempiaran..lari saya bukan sebab dikejar orang , tetapi pada waktu itu saya tidak mahu disentuh..maklumlah masa itu saya masih dalam “iddah”..

Iddah apa kejadah pula ni , ini lelaki la , bukan pompuan..
Ye la iddah tu kan tempoh tertentu..jadi masa zaman tu saya ambil ayat yang depan je..iddah bagi kami adalah tempoh kami bermain-main..

Makin keliru..apa pulak... ceciter2
Sebenarnya kat kampung saya ada buat satu permainan best bagi saya waktu tu..namanya main sorok-sorok , bukan “menyorok” dalam bahasa kedah tu (sarapan)..kalau kat kampung saya , permainan ni dipanggil ” mainn nusuk”(jangan lupa ayat bersabdu ye/kelantan)..kawan-kawan yang duk kat bandar mesti tau kan tapi tak sehebat kampung la..

Untuk main benda ni..bukan calang-calang orang tau...mainan ada dua syarat , orang yang dicari (ramai)dan orang yang mencari(sorang)..silap –silap hari bulan , orang yang mencari ni , dulu kini dan selamanya akan jadi “pemburu” ..

Satu..dua....99...seratus ,mata yang ditutup dibuka ....‘jaadi tak kira , aku cari sampai jumpa’..bgitulah kata-kata keramat “pemburu”..jadi tak kira ni , maksudnya mangsa takda stop2 , atau takda nak pause..contoh nya “eh tunggu jap,baru nak panjat pokok , dah ‘diburu”..

Apalagi , start dari bilangan 1 , mereka-mereka semua dah booking port masing-masing..ada yang panjat pokok rambutan..selagi tak jumpa dan selagi telur si tuan pemanjat tadi tak kena gigit kerengga, selagi tulah mereka tak “luruh”..ada yang sembunyi bawah tangga rumah..magrib baru keluar..ada yang sembunyi dalam tandas , sambil menyelam minum air ..ada yang sembunyi kat tepi telaga..ada yang tak sembunyi , buah bodoh je..

Saat dada berdegup kencang , bila “pemburu” melihat kelibat si mangsa tadi buat kali pertama...kerana itulah yg akan menentukan siapa yang akan jadi pemburu selepasnya , dengan syarat si pemburu tidak disentuh..itulah sebab saya cakap ada terjadi si pemburu lari dikejar oleh “mangsa” yang tak berapa cam namanya..dan pemburu juga kena tepat panggil nama..kalau silap jadi balik..

Kalau nak cerita , panjang....yang takleh lupa..bila kumpulan”mangsa ni” berpakat utk “ tukar baju”elok2 dah nama yg pakai baju biru ni “Idris” tertukar pulak namanya , yang paling ngeri dikejar beberapa orang supaya “pemburu” tak sempat panggil semua nama “mangsa” inilah taktik kami..terbaik..
Jika si “pemburu “ telah jumpa cari semua mangsa , alamatnya , mangsa yang pertama disebut nama..dia yang menjadi pemburu..
Kalau “pemburu di sentuh “mangsa” ...alamatnya pemburu tetap jadi pemburu buat kali kedua..ada sesekali mangsa tidak di ketemui atau hilang..rupa-rupanya meka balik rumah..hai, pah ceroh cari..memang tak jumpalah..

Jadi bila kenang balik peristiwa ni , kadang-kadang tersenyum sendirian..saat-saat seperti ini hanya sekali di peringkat zaman..memang kalau nak kira,permainan entah apa-apa..tapi saya boleh cakap memang terbaik..kalau tengok bebudak sekarang dah takde mainan ni..yang ada main “sembunyi” kat cyber kafe ..dah lah tak menjamin kesihatan , habis duit pulak..so why not kita tak jaga mainan tradisi ni..ok ka hapa..selain menguji ketahanan diri , menyihatkan badan bahkan juga mencerdaskan minda..

Kita sendiri pun masih lagi sempat , setakat nak main sembunyi dengan isteri boleh la..tapi kalau datuk dengan nenek , tak senonoh pulak jadinya..silap hari bulan tak jumpa terus..jatuh dalam telaga najis..


huzaifah
selangor

 ¤ ittaqullah

2 comments:

Tinta Lana said...

Salam..kenapa tajuknya, padaku yang menanti, hihi, ingat cerpen tau tadi :)

Zaman kanak2..sekali tu ja kita lalui..sekejap,singkat. tapi zaman tulah paling banyak yang kita kenang dan ingat..

Dulu, dak pempuan cam lana, biasalah, men masak2. Smpai satu tahap, sanggup lubangkan mulut patung ala2 barbie tu, pastu suapkan ia dgn bubur nasi.. hak3, gila asa bila fikirkan semula,hehe.

April 4, 2012 at 8:14 AM  
huzaifah said...

wslm..utk bagi suspen...hem
makin bertambah usia kita , makin terkenang peristiwa lama..buat menghapus duka lara..

April 4, 2012 at 1:08 PM