DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

di halau

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم




Pada suatu masa , seperti biasa sebagaimana insan-insan lain pulang dari kerja , bergegas untuk pulang ke rumah masing2..tetapi tidak bagiku..terpaksa bermusafir dan menumpang tidur di dalam boot kereta..pada kebiasaannya..aku melepaskan lelahku di kawasan masjid..biasanya aku melelapkan mata sekejap sementara menunggu waktu asar..selepas solat di masjid , ada kalanya aku akan mencapai sedikit bahan-bahan ilmu yang dibawa dari rumah..sambil bermusafir sedikit sebanyak masa tidak dibuang begitu sahaja..

Berteman tidak , berkawan pun tidak , hanya keseorangan menanti-nanti waktu yang kesepian..”ah jiwang karat pulak hatiku”..semua itu aku cuba ketepikan..kerana aku harus memberi tumpuan pada kerja sebaiknya..beginilah rutin hidupku..ada masalah sekalipun, terpaksa  hatiku bekerja dua hala menyoal dan menjawab..hendak berbicara pada siapa..ada ke yang sudi mendengar keluhan..”ah biarlah , masalah kita , orang takkan faham..” keluhku..

Pada malam nya seusai menyempurnakan ibadah semua , aku bergegas ke tapak parking kereta..terus saja di rebahkan tubuh pada kerusi yang empuk sambil badan meliat”Allahu Akbar”..jika aku berkesempatan , ada –ada saja , mp3 dipasang untuk tatapan halwa telinga..sehinggalah , telinga sudah terasa amat letih mendengarnya..aku mematikannya sambil mata yang sudah pun menunggu waktu untuk dibelai..
Aku dilamun cinta..dilamun cinta tidur yang indah..

“tuk3”...
Aku yang masih lagi dibuai tersentak..”hai , siapa pula ni yang ganggu pulak ni..”

Sekuriti: En , encik tidak boleh berada dikawasan ini..

Aku       :Maaf encik , saya ni dari jauh mahu bermusafir disini..

Sekuriti: Cik tak boleh cik , ni masjid negeri..bukan masjid marang..

Aku       : Cis..perli pulak..

Aku terpaksa akur , dengan kehadiran 2 orang pengawal keselamatan , memang tidak terdaya untuk aku melawan..tetapi sangat kecewa dengan pengurusan masjid..mungkin orang seperti ku minoriti..tetapi apa salahnya ...

Terpaksa aku keluar dari masjid itu dengan hati sebak..setengah jam juga aku mencari tempat yang sesuai , tetapi tak ketemu juga..disebabkan kaki sudah letih menekan pedal minyak  ditambah rehat masih belum cukup..terpaksalah , aku memberanikan diri tidur di tepi jalan..

Aku tertanya-tanya..mana lagi tempat yang paling selamat kalau bukan di masjid..sebab tempat ni adalah rumah Allah..mana lagi tempat berlindung bagi orang-orang bermusafir..kalau masjid dijaga seperti bangunan kerajaan , alamatnya sebahagian fungsi masjid sudah hilang..apa gunanya dibayar gaji pihak keselamatan jika untuk menghalau orang yang cuba mendekati masjid..lebih baik halau orang yang sedang konsert entah apa-apa..

Jika diselidiki betul..alhamdulillah aku sudah merantau hampir seluruh pelusuk malaysia..aku dapat lihat , masjid yang dijaga pihak kerajaan pusat , dengan kerajaan yang dipilih rakyat..berbeza...masjid yang dijaga pakatan rakyat lebih open..dijadikan pusat ilmu , pusat pesinggahan orang2 musafir..pusat perniagaan..ini tidak dijadikan mereka pusat ibadah sahaja..bila orang datang bukan bukan untuk beribadah , dihalaunya pula..masyaAllah..
Islam adalah agama yang menjamin keselamatan ummatnya..dan kerajaaan yang ditadbirnya..sekarang seudah terbalik..pihak keselamatan yang menjaga agama..jadi , agama boleh dikontrol samada nak buat atau tidak..wallahua’lam..

Tulisan kejadian
melaka



 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: