DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

-bakal 'hubby'-

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم




Assalamualaikum w.b.t

 Aku menulis disini sebagai bakal seorang suami dan bakal bapa kepada anak-anakku kelak..dengarlah wahai bakal zaujati dan anak-anakku…aku tidak menjanjikan kehidupan yang mewah buat kita , kereta besar , rumah mewah , duit yang banyak , isteri yang cantik , anak-anak yang cerdik..

 Tetapi ingatlah buat diriku juga yang selalu alpa..aku mahu  kita semua beramal dengan islam yang kita pegang sekarang..ingatlah aku sudah melihat fikiran masyarakat sekarang sudah rosak hatta keluarga aku sendiri..

Bila nak beli kereta besar?
Bila nak bagi harta?
Pukul berapa cerita itu dan ini?
Tengok si fulan , sudah ada kereta besar, ada duit yang banyak..

Aduhai diriku , aku sedih bukan kerana tidak dapat memberikan harta dan wang ringgit..aku sedih kerana ahli keluargaku tidak tahu apa yang perlu mereka kejar..aduhai diri..aku mahu beramal dengan islam..aku mahu menjadi alim Ya Allah , aku mahu ilmu agama , aku mahu isteri dan anak-anak ku faham agama…I’nsyaAllah kemiskinan harta tidak menghalang untuk kaya ilmu..tetapi kaya harta akan memiskinkan ilmu..sebab apa aduhai diri , mungkin kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa untuk mengejar akhirat juga..aku bimbang itu wahai isteri dan anak-anakku..

  Seorang  Imam mampu mebimbing isteri dan anak-anak dengan agama , bukan dengan harta..ya Allah jadikan hamba orang-orang yang soleh , jadikanlah isteriku wanita yang solehah , jadikanlah anak-anak ku anak-anak  yang soleh dan solehah..

Aku sebenarnya bimbang takut sekiranya aku menanamkan fikiran yang tidak betul kepada isteri dan anakku nanti..

Aku mahu mahir dalam ilmu agama..dan mengajarkan kepada orang lain , bukankah itu amalan baik ..jadi usah bimbang isteriku jika kita tidak ada harta yang banyak , tapi takutlah jika tidak ada ilmu yang banyak..aku sudah melihat bagaimana generasi sekarang sudah dirosakkan..harta wang tidak mampu menyelesaikan masalah biarpun berjuta habis sekalipun..tetapi hanya dengan kita memahami agama , I’nsyaAllah masalah dapat diselesaikan..

Hidupkan hamba dengan sifat qana’ah  ya Allah, islam penyelesai masalah..hidupkanlah hamba dengan kesederhanaan ya Allah..ingatlah kereta besar , wang yang banyak , isteri yang cantik akan meninggalkan kita , jadi lebih baik engkau meninggalkan kehidupan yang biasa yang mana jika engkau mati  sekalipun ,engkau tidak sedih ,bahkan engkau sangat merindui bertemu dengan Tuhanmu , Allah Azzawajjal

Tulisan bertarikh 7-9-2010
Dua Kalimah
Tumpat
Kelantan Darul Naim

Dua Kalimah mengucap Selamat Menyambut Syawal 2012 Moga Allah memberi rahmat kepada kita semua selaku orang yang beriman kepadaNya..i’nsyaAllah..doakan saya ya 


 ¤ ittaqullah ¤

1 comments:

Kak iman said...

salam lebaran gak..hope iman dpt seorg yg dpt membimbng dlm perjalanan ke jannah itu

August 16, 2012 at 8:52 AM