DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

hikmah sebuah mahligai




Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


Hari itu  ,seperti biasa saya melangkah kaki  ke pejabat untuk memulakan tugas saya..saya dikelilingi dua sahabat kerja..yang berumur 27 tahun dan 24 tahun..masing-masing belum berkahwin lagi ..bersembang perkara biasa sehinggalah kepada perkara perkahwinan..sungguh saya masih lagi belajar tentang pernikahan..tetapi sahabat saya yang bujang belaka ni bertanya  tentang pernikahan..

Sebab itu saya begitu yakin dengan sebuah mahligai yang dibina bersandarkan keimanan..pernah saya bersembang –sembang dengan seorang mat rempit , tetapi dia sangat bagus kerana mencari rezeki sendiri dengan bekerja..tersangat jarang saya berjumpa dngan mat rempit yang rajin bekerja..
Alhamdulillah , sedikit sebanyak dapat saya sebarkan indahnya percintaan selepas berkahwin..mat rempit itu mengakui apa yang saya ucapkan..”jolo” itu dia ucapkan..insyaAllah pernikahan bukan untuk dibanggakan tetapi untuk disebarkan kelebihannya..pernah suatu ketika dahulu saya berniat sewaktu umur saya dibangku spm.. “tiada wanita  ,tiada kawan perempuan ,tiada kekasih kecuali dia adalah isteriku..

Dalam melayari sebuah bahtera , seorang suami dan isteri mesti bersikap matang..pernah suatu hari ketika saya ingin masuk ke dapur pejabat..membuka bekal sarapan pagi yang dibuat isteri tercinta...seorang kakak berkata

 “sedap tengok awak makan , awak nampak muda tetapi matang”
 saya bertanya kembali “matang?”
Ye matang..seperti awak sudah berfikiran seperti orang tua..(tak tua lagi pun)
Ye ke? Tanya saya kembali(sambil muka tersimpul malu)
“insyaAllah doakan akak”


“Bagimana awak menikah?”
Inilah soalan yang paling banyak diuatarakan kepada saya , baik lelaki mahupun wanita..saya pelik ramai yang terkejut kerana orang yang bertanya sama umur dengan saya..23 tahun…lihat dengan perkahwinan pun  , kita dijadikan rujukan kawan-kawan dan sahabat-sahabat..alhamdulillah..

Senang saja jawapan saya..
Saya terdetik hati ingin menjadikan dia isteri semasa aktiviti pogram di surau..
Selepas itu meminta perantaraan ustaz..( “ala tak gentleman r gitu” kawan saya mencelah..saya membalas balik kalau kalian cakap direct kepada wanita itu saya cintakan awak , wanita itu kata sebaliknya , apa yang kamu rasa? Senyap tak terjawab kawan ..ok kalau kita ada perantaraan sekurang-kurangnya ustaz boleh memberi pandangan yang lain, ustaz boleh adjust apa yang diucapkan bakal isteri kepada perkataan yang baik-baik..)

Selepas itu berusahalah  berikhtiarlah mencari wang..bersedia emosi fizikal dan mental..bukan sepenuhnya ..kalu dapat slow-slow..pun boleh juga..bersilaturahim ke rumah bakal isteri ..bukan untuk bertemu isteri tetapi orang tuanya..(dulu saya membernikan diri kerumah isteri sendirian saja , tanpa ditemani kawan atau sahabat..sebab saya sudah beniat apa yang terjadi hanya diri saya denga Allah s.w.t yang tahu..saya redha..)
Selalu bertanya khabar orang tuanya..insyaAllah Allah bagi jalan..sehinggalah Allah membuka kemudahan kepada kita..perkara susah menjadi mudah..

Tanpa bercinta?
Ye..saya nak tanya balik ada x orang yang bercinta ,selepas dia kahwin dia akan telefon , bermesej dan bersayang-sayang seperti bercinta sebelum ini..? xdekan..sebab apa ? dah bosan..sebelum kahwin bukan main telefon berjam-jam pun takpe..dan banyak lagi kalau hendak disebutkan..

Dari hari ke hari dakwah melalui pernikahan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, orang ke orang..insyaAllah memberi galakan kepada orang muda untuk berkahwin..bukahkah sesuatu yang mengembirakan dan membahagiakan bila seorang lelaki dan wanita mendapat hasil anak melalui pernikahan ..dan bukan anak terhasil melalui penzinaan..

insyaAllah bersambung kembali ek..

Duakalimah + nurun ala nur
Kemaman

terengganu






 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: