Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Alhamdulillah, selawat serta salam buat
junjungan Nabi S.A.W Sahabat yang dikasihi Allah..rasanya sudah lama tidak
bertanya khabar, apakah sihat atau sebaliknya..saya disini sihat wal afiat
saja.. Alhamdulillah , setelah sekian lama bekerja dan bekerja..beberapa
perkara yg banyak saya perlu sentuh disini..di tempat saya..ramai kawan kawan
ygg bergaji 4k-15k, untuk bahagian vessel operation..
Ada yang kerja normal hours dan ada juga yg
kena stanby sampai esok pagi ..saya terkejut dengan penampilan baru rakan saya
, berkaca mata bermula pagi sampai ke malam..rupa rupanya keadaan sebenar
terbongkar..matanya bengkak..
Alangkah
indahnya bengkak mata kerana beribadat kepada Allah.meratap setiap dosa yang
dilakukan..tapi ramai mana rakan rakan yg tak solat kerana keletihan
kerja..keletihan untuk solat lagi berat berbanding untuk kerja..sanggup tak
tidur kerana kerja..tapi tak sanggup berjaga untuk Allah..
Nabi
SAW sanggup bengkak kaki kerana berjaga malam untuk beribadat kepada
Allah..cuba bermuhasabah..seorang Nabi yg maksum dari segala dosa..banyak
beribadat pada Allah , Nabi yg dipelihara dari dosa , beristigfar 70 kali
sehari kepada Allah.. Kita yg banyak dosa, payah nak mohon ampun pada Allah,
padahal dosa setinggi gunung..maksiat seluas lautan..kita yang berdosa ,
sudahlah tidak betaubat kepada Allah , malah menambah dosa setiap hari..
Berbalik
pada pada kerja..betul apa yang dikata , kita lebih banyak percaya dan yakin
pada benda yg dapat dilihat berbanding yg tidak dapat dilihat sedangkan yg
tidak dapat dilihat akan dihitung Allah walaupun sedikit.. Sama –samalah
bermuhasabah..
Naziran Nasir
binjai
Kemaman
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment