DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Assalamualaikumwarahmatullah,



Sedar tak sedar , dah 5 bulan saya tidak berkesempatan update blog. Bagaimana agaknya khabar iman sahabat? moga2 tak lepas dalam mengingatiNya..

Tanpa disedari sudah menjangkau 2 tahun lebih usia perkahwinan saya  dan baru baru ini awal bulan october , Alhamdulillah saya dikurniakan cahaya mata sulung..Setelah hampir menunggu 1 tahun 6 bulan lebih..ada hikmah disisi Allah..

Setelah mendapat rezki anak pula Allah kurniakan pula sebuah kediaman sendiri, hasil berkat usaha doa kami suami isteri dan keluarga yang membantu..syukur pada Allah..Seperti yang telah saya tegaskan , memiliki rumah bukan lah satu cita cita dan impian tetapi ia adalah hak individu. Memiliki sebuah syarikat barulah ia boleh dipanggil impian..

Walau telah dikurniakan pelbagai nikmat..Sebenarnya kami masih lagi diuji Allah SWT berada jauh diantara satu sama lain kerana batasan kerjaya, Umur anak mujahid kami yang baru dua bulan cukup membimbangkan kami sebagai ibu bapa..Moga Allah bagi jalan keluar untuk menghadapi semua ini..

Anak yang baru mengenal ayahnya,

doakan Teman2 supaya doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT,

ada yang menginginkan jodoh
ada yang ingin memiliki anak
ada yang ingin memiliki tempat tinggal sendiri

Semua itu memerlukan doa dan usaha yang istiqamah, usah terputus harapan di tengah jalan, kerana mungkin sedikit sahaja lagi , doa harapan kita hampir dekat untuk dimakbulkan..

Syukur di atas lahirnya kita di dunia ini..Kita dikurniakan kesempurnaan akal fikiran dan anggota untuk mengejar hidup dunia dan akhirat..Fahami kelebihan diri yg mungkin masih lagi tersembunyi..Ia akan teserlah apabila kita menyapa ia..

Awal tahun baru yg akan bermula ini, maka bermulalah tahun yg kedua kami berPJJ..

Untuk anakku Muhammad Wildan Huzaifah,sedikit coretan yang bermanfaat untukmu:-

  • Ketika engkau dilahirkan
  • Engkau menerangi alam
  • Kegelapan ayah dan ibumu
  • Betapa murni kasihnya
  • Ketika kau nyenyak tidur
  • Menatapi wajahmu oh anak
  • Kenanglah ibumu tidur tak lena
  • Menjaga tidurmu
  • Takut engkau terbangun
  • Menangis kehausan susu
  • Dibelaimu dengan cermat
  • Penuh kasih dan sayang
  • Tiap detik dan setiap waktu
  • Kini masa terus berlalu
  • Dimandi dengan kasih sayang
  • Kau besar sudah oh anak
  • Ibu dan ayah memberi kau
  • Kebebasan yang engkau mahu
  • Di samping didikan agama
  • Yang sempurna untuk hari mukamu

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: