Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Alhamdulillah kerana masih dapat peluang untuk bernafas lagi..bertemu kita
di alam maya yang penuh fantasi ini..hampir hampir saya terlupa untuk mengemas
kini blog , kerana sibuk mengemaskini di wall facebook dan perkongsian ilmu di
whatsup..
Cinta boleh menguatkan dan cinta juga boleh menyebabkan seseorang itu
menderita..itulah yang dinamakan jalan cinta.. Jalan cinta yang penuh berliku
kekadang memerlukan perjalanan beribu batu untuk sampai kepada cinta..
Kini ramai yang menafsirkan cinta di sudut yang berbeza , ada yang
berpacaran kerana beranggapan itu adalah cinta..Ada yang hanya Sms kerana ingin
mejaga maruah cinta..
Cinta yang paling suci adalah kasih sayang diantara suami isteri setelah
cinta Allah , Rasul dan ibubapa..Yang tidak memahami cinta itu penyebab dunia akhir
akhir ini menjadi musnah dan rosak..cinta kepada makhluk melebihi cinta pada
Pencipta..
Siapa yang menyintai dia akan dicintai..
Cinta akan mengubah seseorang itu dari jahat menjadi baik , mazmumah
menjadi mahmudah , derita manjadi bahagia , sakit menjadi sihat , muram menjadi
tertawa..Nah alangkah bahagianya orang yang bercinta..
Kita sebagai pemandu akan
memandu jalan cinta , terpulang pada kita melalui jalan cinta itu secara
menderita atau bahagia..maka pilihlah yang bahagiakan diri dengan cinta..
Bagi cinta mereka yang sudah berasa goyah , ingatkan kembali bagaimana
bahagianya kita ketika mula disatukan..baliklah kepada fitrah cinta..cinta yang
berlandaskan iman , seterusnya mambimbing insan yang bercinta itu ke jalan yang
diredhai Allah SWT..
Bila kuterkenangkannya
Kutatap ke langit sana
Bila kurindukannya
Ku bentang dua tanganku..
Impian setiap insan untuk bahagia..
Naziran Nasir
Kemaman
Terengganu
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment