DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

hanya kerana RM 5.00

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Setelah selesai kerja pada pukul 6.30 pagi..aku pulang menunggang motor kapcai seperti biasa menemani pergi dan balik kerja..kereta seperti biasa ditinggalkan di rumah kerana tidak berbaloi hanya dinaiki seorang ..
Selepas melepasi masjid di suatu kampong . saya singgah di suatu warung untuk membeli sarapan pagi..

Saya mengambil nasi kerabu dan kuih muih..
Bila hendak bayar , saya terseluk seluk saku.. Hairan di mana saya letak Rm 5.oo saya kerana  semalam masih ada di dalam poket..ah..saya periksa dalam dompet , tiada satu pun duit ..ah tangan saya terasa teraba sesuatu dalam poket seluar kiri.. ini dia rupanya….

Terkejut juga saya wang yang disangkakan 5 ringgit rupanya 1 ringgit.. ini hari takde rezeki..saya meletakkan balik nasi kerabu meniggalkan kuih yang berjumlah seringgit diplastik ..

Mungkin hanya ini rezeki saya ..wang semalam mungkin rezeki orang..


Begitulah nasib hidup kita , tak selamanya senang .. Adakalanya susah.. Adakalanya dihimpit tetapi tidak perlu meraih simpati.. Moga moga insan yang lebih susah dari saya diluar sana sentiasa tabah..

Naziran Nasir
Kemaman
Terangganu

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: