Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Dikala aku melewati bangunan universiti aku terserempak dengan seorang
muslimah..entah kenapa pertama kali jiwaku tidak tenteram melihat muslimah itu.
Alangkah bahagianya kalau aku dapat menjadi imam kepada seorang muslimah yang
menjaga diri dan hatinya kerana Allah SWT.. “ah” hati ini selalu memikir
perkara yang bukan bukan ..Apa tidak nya
di pengakhiran semester ku . Aku juga berhajat dapat mencari seorang calon
muslimah buat dijadikan isteri..
Fikiran ku mengelamun seketika sehinggakan perjalanan untuk ke blok
Fakulti tersasar jauh ke bangunan
perpustakaan..”ahak” sungguh kelakar diriku..ketawa seorang diri.. Perasaan
hati siapa yang mengerti melainkan Allah SWT Yang Maha Mengerti..
Setelah diselidiki dan mendapat info dari sahabat , akhirnya muslimah
itu telah diterang lengkap bersama alamat rumah keluarga nya dan no telefon
bimbitnya … Aku mengusap dada dan bersyukur
atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWt ..Anugerah cinta tiada
nilainya..SubhanAllah..
Setelah tamat belajar di university, perasaan cinta yang terpendam terpaksa
aku lupakan buat sementara waktu kerana ingin menumpukan diriku dalam kerjaya..
Alhamdulillah mendapat tawaran sebagai pendidik sekolah swasta. Aku sedar gaji
yang diterima tidak setimpal berbanding tawaran sekolah sekolah di bawah
tanggungan kerajaan tetapi demi meneruskan sisa sisa hidup biarlah kerja apa
pun yang penting aku menyukai dan meminatinya..
Rasa cintaku bersarang tanpa pengetahuan orang tuaku.. pada suatu hari
hatiku terdetik untuk kesekian kali ke rumah muslimah itu.. Aku pergi seorang
diri tanpa ditemani sesiapa.. Dengan menunggang motor kapcai yang sekian lama
menemaniku belajar , aku menggagahi jua ke rumah muslimah itu..lantas segera
aku sms bahawa aku akan datang ke rumahnya ..
Dengan sedikit pisang Goreng yang dibeli di kedai , aku sampai di
halaman rumahnya lalu aku memberi salam..Alangkah hairannya salam ku tidak
bersahut , kedengaran riuh di dalam rumah.. Aku mengintai ngintai takut
penghuni ada di belakang ..
“Bromm” dibelakangku terdengar bunyi kereta lalu bersahaja dan lantas
segera parking di depan halaman rumah.. Alangkah terkejutnya aku melihat
sahabat lama aku datang bersama keluarganya.. Yang tidak mungkin aku dapat
menerima hakikat sahabatku itu disambut gembira oleh keluarga muslimat tadi..
‘ah’ baru aku teringat kereta yang diparking didepan rumahnya adalah
kereta mewah.. sedangkan aku hanya berkapcai buruk..
Kedatangan mereka disambut riang sedang keluarga muslimah itu tidak
sedikit pun sedar akan kehadiranku.. aku cuba menelefon muslimah itu tetapi
satu kali pun tidak terangkat..aku memberanikan membawa diri dari tempat itu..
Air mata bercucuran.. inilah nasib aku.. pemuda yang tiada apa..hanya datang
membawa diri sedangkan mereka datang membawa janji..
Sekembalinya aku di tempat aku meletakkan motor kapcaiku.. aku ingin
pulang dengan membawa bersama tangisan.. Allah , tiba tiba motor yang aku
tunggang tadi bagaikan tidak mahu mengikuti tuannya.. enjinya tidak dapat hidup..
segera aku menggeleknya mencari cari tempat bengkel terdekat .. Hampa hatiku
bila tiada satu pun bengkel yg kelihatan kerana dikawasan aku lalui itu adalah
kawasan hutan ..Mana mungkin di tengah tengah hutan ini ada bengkel....ya Allah jika
inilah takdir ku, Aku menerima dengan ketentuanMu..
Kini aku bersujud menyembahMu , mengharap cinta dariMu..Tiada yang
lebih utama kecuali mencintaiMu
Naziran Nasir
Kemaman
Terengganu
¤ ittaqullah ¤
1 comments:
Yakinlah dgn jnji Allah... Allah sntiasa mnjanjikan dan mberikn sesuatu yg kita perlu... Teruskan berdoa dan mga dipermudahkn sgalanya ...
April 11, 2014 at 8:46 AMPost a Comment