DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Pasti Indah Dan Bahagia Bila Bersama

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Mungkin kita tidak akan pernah melupakan detik2 indah bersama bersama yang tersayang, ayah ibu, adik beradik, isteri dan anak2.


Bukan sahaja bila ada bersama , bahkan bertemu dan bersua pun sudah cukup memadai. Inilah yang dipanggil perasaan bahagia.. Bukan semua insan bisa perolehi dengan mudah. Ia menuntut waktu dan pengorbanan yang tidak ternilai..

Anak2 akan sanggup bekorban untuk pulang ke kampung demi berjumpa ayah dan ibu.

Suami akan sanggup untuk berjalan jauh demi berjumpa anak dan isteri.

Pernah kita mendengar kata2  " mungkin tak bertemu di dunia tapi di syurga" menjadi renungan untuk orang2 beriman supaya terus beramal bersama untuk meraih redha dan cintaNya.

Natijahnya hanyalah bahagia.

Mengapa bahagia?
Kerana bahagia kita menjadi aman, Kerana bahagia kita menjadi tenang, Kerana bahagia kita menjadi setia ,Kerana bahagia kita menjadi cinta,Kerana bahagia kita menjadi baik, Kerana bahagia kita menjadi suami dan isteri..

Dan bahagia yang selayaknya adalah bahagia kerana Allah.

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: