DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Jika Diizinkan

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Salam sejahtera buat semua.



Sekiranya boleh,hendaknya dicatatkan setiap apa masalah kita,kekurangan kita,ceria sedih kita di dalam setiap coretan kita untuk dipaparkan,biar satu dunia mengetahui kisah kita,tetapi tidak,kita masih mampu untuk bersabar,bersabar untuk tidak berkata semuanya.

Kita masih ada Allah untuk kita mengadu dan menyatakan setiap masalah kita.Bukankah Dia Maha Mendengar Lagi Maha Memahami.?

Setiap hari kita mendengar paparan berita sedih,berita mengecewakan,dan seumpamanya.Apakah kita tidak sedar selama ini,Allah dah bagi kegembiraan,kesenangan,ruang masa yang cukup untuk kita hidup? tapi bila ujian yang datang hanya tempoh sekejap cuma,kita dah mula merungut dengan apa yang telah ditakdirkan pada kita.

Cuba kita bayangkan umur kita dibandingkan ujian yang menimpa pada kita,selama berbelas atau berpuluh tahun kita hidup,adakah kita diuji sama dengan kadar usia kita hidup.Bahkan jika dihayati,ujian paling besar pun,hanya beberapa hari,bulan atau tahun saja.

Kita masih boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk buat kita,Jika diberi kemudahan,Syukur Alhamdulillah,jika diuji kesusahan bersabarlah dan kepada Allah kita kembali.

Saya tahu dan faham,kita semua mungkin belum,sedang dan akan diuji,jom kita sama sama muhasabah diri.

Lama sudah saya tidak mencoret,ada baiknya update saja apa yang boleh memberi manfaat pada kita semua.

Naziran Nasir
Kelana Jaya,Selangor

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: