Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Hari ni(10feb) bila dapat berkumpul dengan abang & kak ipar,Kakak sulung,terasa best sangat.Bukan selalu Kakak sulung datang KL ni.
Bila dah ada sekali kami pun plan on the spot rancangan seterusnya.
Pertama sekali kami singgah di Pokli Mee Celup.Mee celup yang dikatakan paling sedap di gombak.Mula mula kami pergi punyalah ramai orang yang beratur.Nasib baik kami sambar meja terlebih dahulu dan minta wakil pesan mee celup.
Alhamdulillah bila rasa,memang rasa asli dari kelantan.Tak lupa Air Coconut Shake yang special.Dengan kuantiti yang banyak sedap dan harga pun memang berbaloi,memang tak rugi kami datang sini.Kalau boleh nak selalu makan kat sini tapi memandangkan Jarak tempat tinggal kami lebih kurang 30-40 minit untuk sampai ke kedai itu,hanya sempat sekali saja mencuba.
Selepas perut kami kekenyangan,kami singgah di Masjid Amaniah di gombak.Masa abang saya tinggal di area situ selalu juga saya ke masjid ini.Kebersihan masjid,kemudahan parkir kereta memang tip top.Masjid ni antara masjid yang aktif dari segi kuliah kuliah harian.
Itulah tempat terakhir kami untuk bertemu.InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan berjumpa lagi.
Bertemu dan Berpisah keranaNya
Naziran Nasir
Petaling Jaya
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment