DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Selawat mengiringi perpisahanku

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertamanya selawat & salam buat kekasihku RAsulullah S.A.W

Sahabat wa sahabiah , mengertilah ana disini terlalu rindu untuk bersama2 kalian , apa taknya ana tiada insan lain yang mampu membimbing diri ini…letih , lemah & hilang semangat menjadi kebiasan bagi kita selaku ustaziatul alam , tapi ingatlah mintalah Allah memberi kekuatan untuk menghadapi segala bebanan , bukan meminta Allah mengurangkan beban..kata sorang sahabat..

Mungkin diri ini hanyalah insan biasa dan ana mampu membuat yang terbaik yang termampu bagi ku , tidak lebih dari itu , mungkin diatas kekurangan diriku yang tidak tidak bersungguh buat kalian..tapi ingatlah ana menganggap kalian adalah yang teristimewa.. buat ku…

Pogram islami yang ana hadir yang terdekat ini membuat kan diriku menangis , mendengar kata2 dari penceramah yang teakhir.,.mungkin inilah yang disebutkan menangis kerana Allah…YA Allah diri ini sungguh rindu untuk bertemu denganMU , apakah aku layak menghadapMU , diriku yang hina & kerdil ini..lemah lagi tiada daya..

Kalian adalah penyeri hatiku , tika aku jatuh , kalian memapah ku , tika aku lemah ,kalian memberi semangat..mungkin ana tidak jumpa lagi sahabat & sahabiah seperti kalian yang pasti tetap akan ana lazimkan doa untuk kalian…kalian sungguh istimewa..

Sahabat wa sahabiah , sepanjang hidup disuasana ilmu ini , Alhamdulillah Allah memberikan kelancaran perjalanan hidupku..mungkin diriku ini sentiasa dalam kawalanNYa..syukur yang tidak terhingga..kita saling memerlukan antara satu sama lain..jadi marilah kita sama2 bina ukhwah ini dan insyaAllah sampai akhirat…

Setakat ini ana masih belum bertemu dengan SAHABAT yang terbaik , mungkin Rasulullah S.A.W contoh sahabat yang terbaik bagiku kini & selamanya..dan ana tidak meminta kalian menjadi sempurna buat ana cukuplah Allah memberi beberapa sahabat bagiku yang boleh membuatkan diri ini menuju kesempurnaan..

Pernah ana menegur supaya memakai seluar melebihi paras lutut bagi muslimin kelas ana , kalian boleh terima tetapi , kalian buat kerana aku ada sahaja , kalau aku tidak bersama2 kamu , kalian lupa…kalian mahu bersahabat dengan aku dan sangat menghormati aku , tapi kalian lupa menghormati dirimu sendiri kepada Allah..

Sahabat se cos , aku mengerti bahawa engkau memang memahami jiwaku , ketika mana aku sering melawat bilik kalian , mesti kamu akan memasang lagu2 nasyid & menawarkan citer2 , movie2 islamik..walaupun setelah itu engkau memasang kembali lagu batu kapak ( rock kapak ke pedang kekeris ke , lantak) , tetapi aku bukanlah tidak mahu mengerti jiwamu tetapi aku takut , kalau aku mengikut kemahuanmu , yang mahu berseronok ,boleh saja tetapi aku memikirkan keseronokan yang abadi ( akhirat yang mana apa sahaja yang engkau mahu , dalam sekelip mata berada di depanmu ) terima kasih sahabat. Aku boleh saja mengikuti kehendak muselagi mana boleh pada pandangan Allah..

Pernah aku menegur muslimat se cos supaya memakai stokin dan sarung tangan , ( atleast kalian menutup semua aurat mu )Alhamdulillah kalian boleh terima , tapi sayangnya sekejap sahaja , mungkin kalian sudah lupa akan peringatan , mungkin aku sendiri yang tidak mengingatkan kalian..

Sahabat se cos yang sefikrah , aku tahu engkau memang suka islam & pejuangannya…malah berbuih2 mulut engkau cakap mengenainya bahkan kau sanggup menyebarkan fikrah engkau kepada orang lain dengan beraninya, aku berterima kasih padamu sahabat , tapi sayang , engkau hanyalah sekadar memberi kefahaman ( walaupun engkau tidak mengamalkan )tetapi itu sudah cukup untuk mengajarkan student2 dan lecturer erti sebuah kezaliman indahnya islam.yang aku respect..mereka boleh terima cakapmu…aku minta maaf pada kalian yang seringkali lalai dan alpa , mungkin kerana diriku juga lalai dan alpa memberi peringatan yang bersungguh2 pada kalian..

Sahabat se cos, aku respect terhadap kalian dalam satu2 perkara yang baik bagi Allah & aku , tetapi aku tidak pernah mencaci , menghina pada kalian walaupun dalam hati , kerana aku tahu , mungkin engkau tidak tahu ataupun aku yang tidak memahamkan engkau , tapi Alhamdulillah ada diantara kalian berubah lantaran islam itu menampakkan sinar di tempat kita..

Sahabat2 yang lain , yang pernah bekerjasama menyiapkan assignment dalam team mahupun membuat proposal ..muslimin & muslimat pengurusan , aku tidak biasa membuat & discuss secara bersua muka diatas meja (melainkan kena pada jaraknya) , dan aku selalu menyuruh mereka(muslimat -perempuan- pengurusan ) yang nak buat discus pasal projek2 sem akhir..supaya duduk di tepi tidak berhadapan dengan ku , kerana aku terlalu malu , minta maaf sekiranya aku memusingkan badanku membelakangi kalian ( macam taknak berbincang )..tapi kalian faham , kerana aku takut pada pandangan2 kemurkaan..itu yang membuatkan ana sujud bersyukur.

Kepada lecturer2 yang tidak jemu2 memberi ilmu , terima kasih tak terhingga jerana mengajarkan erti sebuah kehidupan..mereka selalu menyebut nama aku sebagai contoh dalam sesebuah pengajaran , walaupun orang lain rasa aku disayangi lecturer… tetapi aku tidak suka demikian ,kerana aku takut sebaliknya…yang sekelas dengan aku , kalian engkau mesti merasa cemas & risau bila mana aku lewat sikit datang ke kelas kerana senang nak detect aku duk di depan sekali…bukan untuk menunjuk , tetapi tradisi ku sejak sem satu lagi…kalu aku datang lewat mesti kalian tertanya2…kerana aku stakat ini tidak pernah miss kelas..sejak sem 1 sampai sem akhir…he3.

Ana tidak mengerti kenapa setiap kali selawat mengiringi salam & pelukan erat sahabat2 ,ana jadi sedih…itulah lagu terbaik bagiku sempena perpisahan dengan sahabat(faisal , fairuz , syafie , alif , suhaimi , nasaie , muiz ) & sahabat lama ( akh nazri , nafis , zul , aiman dan fahri )…sahabat ! diri ini sungguh lemah , bukan ana tidak mahu bersahabat dengan yang tidak sefikrah , tetapi ingatlah bahawa kita terlalu lemah untuk menghadapi mereka2 yang keras jiwanya , kita takut diri kita tercampak bersama2 mereka yang di dalam kemurkaan ..

Aku terlupa Ya Allah semua ini milikMu,YA ALLAH , hanyalah keikhlasan dan pengabdiankku untukMU. Ketika Kau kurniakan nikmat sahabat kepadaku , terasa diri dilimpahi rahmatMu..ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini agar aku selalu di jalan redhaMu…insyaAllah..


¤ ittaqullah ¤

0 comments: