DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Ingin sekali aku ungkapkan apa yang terpendam

Bismillahirrahmanirrahim..

Photobucket

Tuhan , aku hanya hamba yang lemah
Tiada dapat aku menghinakan diri sepenuhnya
Di hadapan yang penuh kecahayaan Yang penuh keAgungan
Kecuali dengan izinMu Ya Allah

Ya Allah
Hamba ini cuba mendamba cintamu
Tetapi sukar untukku , buatku
Kerana ada sahaja yang membisikkan kepadaku

Tidak Ya Allah , tidak akan kutinggalkan MU
Setelah Engkau memberikan nikmat kepadaku
Abdikan seluruh jiwa raga , itu janjiku padaMu
Moga sujudku hanyalah pada MU

Ya Allah , biarlah hamba sepenuhnya
Berserah diri kepada Mu
Kerana aku yakin pertemuanku dengan Mu nanti
Yang kekal lagi abadi

Izinkan hamba mencari kasihMu
Terangi hamba memburu cintaMu
Luruskan hamba melihat kebesaranMU
Tuntunlah hamba menuju keredhaan Mu

Ya Allah pengaduanku
Ingin sekali aku ungkapkan apa yang terpendam
Aku ingin Engkau Selalu bersamaku Ya Allah
Menyusuri langkah membela agamaMu

Ya Allah bertapa sungguh hina aku dihadapanMu
Layakkah aku ke syurgaMU
Hamba yang selalu berdosa
Terimalah pengaduanku Ya Allah

Hamba yang lemah lagi tiada daya –huzaifah-


¤ ittaqullah ¤

0 comments: