DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

BARU SEDETIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru sebentar tadi ana membaca surah LUQMAN..
Barang siapa yang bersyukur pada Allah , maka sesungguhnya bersyukur pada diri sendiri..
Emm bagus ayat ini buat ana dan sahabat serta sahabiah..bila sifat syukur tu ada pada kita walau sekecil mana sekalipun..maka sekurang-kurang syukur yang kecil itu pun sudah memadai untuk diri sendiri..

Kadang2 kita lupa bersyukur pada nikmat yang Allah bagi kat kita..walau pun jatuh atas kita yang dah faham ….syukur itu banyak ..

Perlulah juga kita menghindari dari melakukan dosa2 dosa kecil kerana ianya boleh membawa kepada dosa yang besar..hadis ke 11 kitab 40 hadis penawar hati ada menyatakan daripada ibnu omar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:” ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Perempuan itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika ia memenjarakan kucing itu , juga ia tidak suka melepaskannya untuk bebas memakan dari binatang-binatang kecil ang melata di di bumi..” H.r bukhari dan muslim.

Em begitu sekali Allah nilai kan? Jangan mempermudah dosa yang kecil samada dengan makhluk , dengan Allah lebih-lebih lagi..dalam hidup bermasyarakat , janganlah kita berbuat zalim terhadap orang lain, jangan suka menyakiti hatinya , dan jangan mengambil hartanya atau menjatuhkan harga dirinya..


¤ ittaqullah ¤

0 comments: