DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

ketika Cinta itu hadir

Bismillahirrahmanirrahim..




Sebenarnya ramai yang tidak tahu atau masih kabur sejauh manakah cinta yang dibenarkan dalam islam..ok jadi kali ini ana terangkan sedikit sebanyak tentang industry percintaan yang semakin berkembang pesat dalam kalangan muda mudi islam..mula-mula sekali kita kena tahu bahawasanya islam tidak memandang remeh tentang perkara ini bahkan menganjurkan supaya menyelesaikan segera masalah ini..

   Islam tidak me-roblock cinta tapi kita yang menyempitkan konteks cinta..cinta bukan sekadar cinta seorang lelaki kepada seorang wanita , bahkan lebih dari itu, jika betul-betul jatuh cinta , maka cinta Allah itu lebih utama dari segalanya..

Boleh tak sebenarnya bercinta ustaz? Tanya dari seorang murid

Ana Tanya dia kembali : cinta dalam islam macamana? Sengaja ana lontarkan balik..persoalan..

Em..cinta lepas kawin ustaz..

Haaa tahu pun..so jadi adakah islam menyekat cinta?

Kalau cinta lepas kawin macamana ya ustaz?..macam mana nak kenal..

Jawapnnya: ya , ini yang selalu bermain di kotak fikiran kita..lepas kawin baru bercinta..wow..susah ke? Itulah ..mula –mula kita kena tengok aspek kehidupan kita , hidup bermasyarakat ataupun hidup nafsi-nafsi..sebab itulah dalam konteks hidup berjemaah atau berorganisasi adalah penting , kita akan dapat mengenali seseorang itu melalui kerjasama , cara kerja , pengurusan ,..masa itulah kita akan tahu sedikit sebanyak tentang seseorang itu...

  Cukuplah mengenali cinta itu kerana akhlak dan berbudi pekerti mulia..jom pasang telinga , dengar ye sirah ni ..Saidatina Khadijah melamar Rasulullah..memang Saidatina tidak mengenali secara DIRECT.. tetapi melihat kepada kejujuran dan akhlak Baginda dari seorang pembantunya…ketika mana Baginda mengendalikan perniagaan ,itu yang memikat hati nya..

   Bayangkan , kalau cinta lepas kawin barulah seronok , sebab belum tahu secara detail tentang diri seseorang..suami pulang bekerja , isteri menyorok di sebalik pintu , suami panggil si isteri dengan panggilan manja..muncul dari belakang dan menutup mata suami , isteri yang bergurau manja..isteri memimpin tangan suami membawa ke meja makan menyahut hidangan..rasa suami tak perlu makan , melihat isteri pun sudah cukup membuat dirinya kenyang..kerana isteri pandai mengambil hati suami..

   Bayangkan pula , setalah tamat proses percintaan sebelum kawin , apa lagi yang mahu diberikan selepas kawin..dahulu dengan romantiknya sekarang hanya tinggal cuka..boleh diibaratkan pelakon terbaik masa bercinta , selepas kawin barul muncuk jelmaan diri yang sebenarnya hipokrit..

  Oleh yang demikian , kita tidak seharusnya melayan cinta dan tidak pula meninggalkan cinta..cinta itu mahu atau tidak terpaksa akan kita laluinya..kesempurnaan cinta itu akan terlaksana bila perkawinan menjadi tujuan..DAN ibadat menjadi matlamat..

  Sebenarnya mungkin ramai lagi yang tidak dapat membezakan antara cinta dan couple( pasangan)…pentingnya kita memahami istilah cinta sebenar adalah bukan keluar dengan si dia , bergurau senda , berpegang tangan tapi cinta cukup lah sahaja dihayati bukan untuk diratapi..couple tidak semestinya becinta , mungkin boleh dianggap cinta nafsu..sehingga satu keburukan pun tidak Nampak , tapi bila sudah ditinggalkan barulah Nampak keburukannya..semuanya indah-indah belaka..


   
  Lain halnya dengan cinta suci , membuatkan seseorang itu lebih bertaqwa pada Sang Pemberi cinta , bertemu tidak berubah , berpisah tidak gelisah..itulah cinta..cinta inilah yang paling sukar..kerana cinta yang suci sukar untuk diperolehi..



     cinta itu fitrah..so jangan jadikan fitrah itu fitnah..jadikan fitrah itu benar ..yakni perkawinan..

cinta &  mahabbah selepas kawin too..insyaAllah ..kebahagiaan dunia akhirat..


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: