Bismillahirrahmanirrahim..
Tanpa disedari , kini bukan sahaja hari ke hari masa berlalu dengan begitu cepat , bahkan minggu ke minggu membuatkan kita lebih mengingati umur kita sudah pun dewasa…ana yang telah lama dewasa akan berlari ke depan mengharungi liku-liku kehidupan meneruskan perjalanan agung menuju cinta Nya…sungguh cepatnya masa berlalu..
Demi masa , sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali mereka yang beramal soleh ..dan berpesan –pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..(al asr)
Dulu ana yang ceria dengan dunia remaja kini telah pun bergelar seorang pekerja..Dunia remaja dahulu penuh dengan tawa ceria , kini hidup bagaikan sepi mencari seorang teman…Sahabat-sahabat sudah tiada di sampingku..kadang-kadang lemah terasa..bukan kerana tidak sanggup meneruskan hari depan tapi semangat sudah ditelan usia..
Usia muda yang dahulunya gagah kini terasa layu..sahabat-sahabat perjuanganku hilang satu demi satu pergi meninggalkan diriku..Kini menaruh harapan mengejar impian di tempat masing-masing…perjuangan yang sentiasa ada dijiwa membuat diriku kembali mengingati bahawa syahid itu bagi orang-orang yang istiqomah di jalan Allah..maka persiapkan diri..
Ana yang dewasa kini sudah bersedia untuk memijak onak dan duri..kalau dikenang-kenangkan balik , tak sempat untuk ana berehat..habis menuntut ilmu terus ana menjinakkan diri dengan dunia kerjaya..nasib baik adalah jugak sedikit pengalaman, jadi tidak lah terasa janggal untuk memulakan kerjaya...biarlah derita sekejap tetapi bahagia selamanya..itu azamku..
Bukan mudah berada di tempat orang, tambah-tambah bila ingin membina kehidupan...ingatkan disini biasa-biasa sahaja , rupa-rupanya pertama kalinya ana memasuki salah sebuah kampung disini..Subhanallah , masih ada lagi keindahan dan bukti kejadian Allah..indahnya kampung disini..terasa rindu pula pada kampung halaman..detik perpisahan dengan keluarga pada hari konvo mengingatkan aku tentang raya yang bakal menjelma…satu persatu muncul wajah-wajah walid , umi , kakak ,abang dan adik..yang meneruskan impian masing-masing..
Minta maaf juga dari ana , bukan tidak sudi untuk menjamah atau menjengok kampung orang , cukuplah sekadar kebetulan aku melaluinya ketika membantu seorang ustaz untuk mengambil fail yang tertinggal di rumahnya ..masa itulah ana sempat menjenguh suasana kampung yang masih lagi terjaga alam semulajadinya..alangkah indahnya ciptaan Allah..perhiasan dunia..
Harapan niat untuk belajar di al-azhar sentiasa ada dalam hati ku disana , mendengar pengembangan al azhar bukan sahaja fakulti-fakulti pengajian islam , bahkan medic , pertanian , at-tijarah(perniagaan) dan banyak lagi kalau nak diterangkan…pernah sekali ana cuba untuk meminta dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk ke sana malalui persatuan disana..tetapi hampa , email tidak berbalas , hanya perkataan “email anda akan kami balas”..hanya menunggu masa..
Tetapi niat dihati tidak pernah padam pada Makkah Al Mukarramah…sentiasa lazimkan doa untuk sampai di bumi kelahiran Rasul Allah..mungkin tidak ada satu pun pelajar Malaysia yang mengambil fakulti selain pengajian islam dan medic di al azhar, sebab itulah , ana atau kita yang perlu memulakan..barulah akan ada pewaris..dakwah itu luas , dimana sahaja kita berada , disitulah dakwah berjalan..kata seorang ustaz dalam satu cerita Sang Murabi..
Cukuplah sekadar perkongsian..wasalam
¤ ittaqullah ¤
Di persimpangan aku berdiri
3 years ago
0 comments:
Post a Comment