DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

kemeriahan syawal , pemergian ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..


.
assalamualaikum

Em apa khabar entum? Harap senantiasa dalam pemeliharaan Allah selalu..sukar untuk meluangkan masa , yang sebetulnya bagi ana adalah sibuk..alhamdulillah ana baru sahaja pulang bersama-sama sahabat..ke bumi barokah ini..ya,  tenang rasanya bila dah sampai ke serambi mekah ini..

yang lebih menyentuh hati adalah Bandar satelit  yang tidak lama lagi akan siap ..alhamdulillah , terasa macam duduk kat madinah pula..sebenarnya untuk balik ke kampung halaman memang memenatkan ..yang paling jauh tempatnya ana..lain la kalau bawa kereta mungkin tak memenatkan sangat..tapi insyaAllah kalau ada rezeki..

memang penat sebab semalam baru sahaja menyiap kan kertas kerja untuk pembangunan sekolah ..boleh la dikatakan terasa bahang kedamaian bila kita berada dalam kumpulan  islam..biarpun terpaksa berjaga malam , tapi insyaAllah pahala berganda buat insan yang betaqwa ..

Alhamdulillah , ana jugak bersyukur kerana masih lagi diberi peluang..untuk menghirup udara di desa..beberapa hari yang lepas , motor ana mengalami kerosakan sedikit , mungkin terpaksa kena maintenance motor..sprocket , kalau orang Kelantan panggil ( spoket ) mungkin Terengganu pun sama..sprokect motor haus dan terpaksa ditukar..dengan belanja 22 ringgit , ana menerima , rantai motor , sprocket depan dan belakang..entum kenal tak bab-bab barang motor ni ?, ana pun sama jugak tak berapa kenal , jadi masa motor rosak nilah , kita dapat kenal apa dan apa barang ( apa barang?)..

   Sebenarnya agak berat sedikit untuk ana menghantar motor kesayangan ke kedai service..(bukan bimbang , sebab ana suka memandai-mandai) , jadi terpaksalah ana baikinya sendiri..mungkin rumit jugak..nak baikinya tambahan bulan puasa , penatlah sedikit , barulah ana merasai bagaimana keadaan seseorang yang bekerja sebagai repair motor..ni satu motor je , kalau banyak motor tak tahulah macam mana..dengan bantuan walid , dapat jugak selesai baiki..

  Tengah-tengah repair , teringatlah pula kat sahabat yang balik sekali tempoh hari , berpisah jauh dekat pasir puteh lagi , akhi pasir puteh dan akhi tendong..harapnya sampailah kat tempat masing-masing ye..lebih kurang 4 jam menunggang kenderaan pacuan 2 tayar ni, ana yang terakhir, wajib melintas sungai( ada jambatan la)..insyaAllah ada rezeki , kereta pula..

   Pada malam itu , bunyi “gedum , gedam” meriam buluh , mercun , bunga api tidak henti-henti bermain di telinga. Hadui budak –budak ni , .tak tahu lah gerangan orang yang sakit jantung , macam mana ek..? suasana syawal tak pula ana tahu , yang  penting mengejar sepuluh ramadhan ni..

kalau tak sempat ana update blog ni , tak sempat nak balas mesej ke..
Ana ucapkan terusla  kat sini ye :



"Minal aidilfitri wal faizin, maaf zahir dan batin buat sahabat-sahabiah perjuangan..mohon sepuluh lori  kemaafan sekiranya ada pernah salah dan silap.diri ini sentiasa berbuat salah...nanti ada masa , sampailah kad-kad raya tu kat rumah tapi melalui email ye..jangan harap posmen bagi..nanti posmen terkejut beruk pulak, tapi i'nsyaAllah bukan macam kad ramadhan yang hari tu..tapi tak  boleh janji ye macam mana.hu2 ..

teruskan mantapkan perjuangan di bumi masing2..moga ada kejernihan iman..ketabahan hati , dan kekuatan jiwa.."



 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: