Bismillahirrahmanirrahim..
Masih lagi aku ingat , ketika mana mula-mula aku mendapat tempat penginapan baru di taman islam itu , tidak dapat digambarkan bertapa riangnya hati , mungkin Allah mengetahui lagi..semuanya beres kecuali satu yang membuat kan aku jadi lemah semangat..bila nombor bilikku berada di puncak ketinggian 5 tingkat..tetapi sudah cukup membuat aku lebih bersemangat..perasaan itu sedikit sebanyak mendamaikan jiwa , kerana sahabat seperjuanganku becth 2008 berada di tingkat empat..
Aku kasihan padanya , kerana dia memegang jawatan besar dalam persatuan dan dalam organisasi kepimpinan..seringkali aku melihat dia keletihan dengan taklifan yang diberikan..insyaAllah , moga Allah merahmatimu ya Akh..yang aku respect dengan jejaka pilihan Allah ini adalah kerana dia sebumbung , sefakulti..Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan..sungguh dia seorang yang tabah..
Aku masih ingat lagi , pada pukul 5 pagi , aku turun ke biliknya untuk sama-sama menunai kan solat subuh di persimpangan nama yang cukup memukau hatiku untuk selalu datang iaitu surau saodah..tenang hatiku melihat dia di atas sejadah putih itu, memohon sesuatu pada Allah..hubungannya dengan pencipta , tidak jemu meminta..sesekali juga , dia masih lagi di dalam timbunan selimut , aku yang ketawa sendirian..mengejutnya solat..
Syeikh!syeikh ! bangun syeikh!..bilik yang gelap gulita terus saja dibukakan lampu , perit mataku dan juga matanya kerana cerah yang tiba-tiba terpancar..5 minit kemudian..”bereeees siap”..heem..tidak tahu berapa bilangan anak tangga sebenarnya dari tingkat lima ke bawah padahal , itu sememangnya menjadi laluan utamaku naik dan turun ke kuliah..dan kemana saja..perkara yang kita selalu anggap remeh tapi selalu dibuat , kita tidak tahu melainkan kita cakna..
“ wanita hiasan dunia “ tidak sempat lagu tema ringtone itu habis kerana mendapat panggilan dari akh..”panggilan kecemasan agaknya” terus saja butang hijau aku tekan..” assalamualaikum , syeikh jom keluar kejap..pakai smart-smart deh(ye)..” bagitahunya..” kenapa ye?” Tanya ku kehairanan..”adalah , dok soh cakak banyok , he3( tak perlu Tanya )” tegas kata-katanya..”beyeeeh” entah lama mana perkataan “yeeeh” yang aku ucap seperti tiada penghujungnya..terus saja aku menuruti kata-katanya..mungkin ada sesuatu yang serius..
Kereta saga hitam telah sedia menunggu..akh itu teconogk sabar menunggu ..astaghfirullah maf ya akh , ana lambat..bisikan hati berbicara..”jom..” pelawaku seperti aku pula yang mengarahkan sahabatku itu..”tunggu jap sorang lagi “ bagitau..” lama dah tunggu “ barulah muncul sahabatku yang satu lagi yang bakal jadi cikgu.” EMPAT tahun doh “ syeikh itu membuat lawak kelakarnya , semua di dalam isi kereta ketawa dalam keriangan..
“ aih kemana diorang nak bawa aku ni? , melihat kereta yang dipandu sudah sampai ke airport “ takkan nak suruh aku naik kepala terbang kot ? tak logic , tak logic..jam sudah menunjukkan 6:50 malam..maka sampai lah disuatu tempat , ramai yang datang ..” la nak bawa aku makan rupanya..” persoalan di benakku hilang begitu sahaja..aku berempat..berbual-bual kosong..maka kami semua membuat tempahan makanan..first time datang sini..itu sahaja..TELUR BISTIK
Huzaifah
24 syawal 1431 hijrah
Taman Tarbiyyah islamiah
Terengganu
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment