Bismillahirrahmanirrahim..
Salam alaik , salam rindu..
Kenangan di Taman Islam..
Diharapnya semua sahabat-sahabiah pembaca sekalian sentiasa ceria hendak..sedar tak sedar..hampir 5 bulan dah ana bekerja.. walaupun sebenarnya telah ana tulis dalam diari hidup untuk menjadi seorang pendidik dan ana masih ingat , mungkin sahabat dan sahabiah sebetch juga ada dalam catatan masing-masing , dalam satu kem , cita-cita ana sebagai guru tetapi itu semua perancangan dari Allah......alhamdulillah ,Allah maha Mendengar doa hambaNya..dia mengkabulkan segala doa..
Nak dijadikan takdir Allah , ana mendapat berita ini dari kalangan sahabat dan sahabiah..jadi tanpa membuang masa , peluang itu ana rebut sepantasnya..melalui takdir Allah juga , rintihan doa hambaNya didengar..ana terpanggil untuk mengikuti interview guru..pada masa itu , ana masih lagi mengikuti kuliah last semester..memang ana tidak merancang untuk sambung lagi , lepas graduate ni..jadi kalau ana beli borang UPU pun bazir duit jugak.(buat masa ni je).
Kenangan di Kedah..kenangan perjuangan
Em..di dalam kesibukan mengejar kejayaan juga maka disitulah juga , prancangan-demi perancangan hidup ( sem 4 lagi) ana buat supaya diikuti madahnya dengan betul walaupun tidak 100% ..cukuplah ..nak dijadikan cerita setelah mendapat panggilan dari pihak sekolah tersebut..hati berbunga riang..soalan demi soalan ditanya..hendak –hendak kena speaking BI..huwaa ...jadi ana pratik lah masa belajar dulu..alhamdulillah lebih kurang sebulan jugaklah mengesahkan bahawa ana berjaya dan diterima sebagai pendidik..
Perjuangan ana tidak sampai di kampus sahaja..malah bertubi-tubi pula datang di tempat ini..”esok kita akan mengadakan demonstrasi dan bantahan terhadap zionis” laungan bantahan bersama-sahabat-sahabat diseragamkan..ayat-ayat wehdah masih lagi ana ingat walaupun dah lama tak menjerit di kampus..tetapi inilah masa untuk kami menyedarkan masyarakat bertapa pentingnya perjuangan..
Kenangan perjuangan – demostrasi Zionis dan Israel
Hari demi hari , ditugaskan pula memegang tugasan di masjid..bebanan makin bertambah sedangkan perbelanjaan semakin meningkat..Ya Allah apakah ini satu tarbiyyah?..sesiapa yang tak kuat tarbiyyah nya akan lari..istiqamahkan aku YA Allah..dan sekali lagi ditugaskan untuk pembangunan dan perkembangan sekolah..
Kenangan pelajar - pelajar dari Laos.Vietnam..kenangan pendidik.
Pendidikan bukan lah sekadar mengajar seperti di sekolah-sekolah lain..guru-guru mereka diikat tangan..nak membuat itu tak boleh , ini tak boleh , malah untuk menghukum pelajar , tidak dibenarkan..syukur ana di medan ini..walaupun ana tahu , disini bukanlah tempat bagi mereka yang ingin mencari kekayaan dan kesenangan tetapi cukuplah bagi ana: cukuplah hati itu menjadi kaya dengan ilmu ,cukuplah perbuatan itu menjadi kaya dengan amalan ,cukuplah kata-kata itu menjadi kaya dengan nasihat-nasihat..
Kenangan di KTC
Doakan agar terus aku istiqamah dijalanNya..kenangan perjuangan
Sahabat sahabiah sekalian , ana tidak tahu dimana akan kita ketemu titik akhirnya perjuangan , takkan ada..jadi kalau kita dah tahu syurga itu ada ..hendak tak nak , syurga itu memang ada..jadi lebih baik kita tahu dari kita buat-buat tak tahu.. ( fahamkan yang tersirat )
Ana masih lagi ingat kata-kata dari Naqib ana , yang dibimbangkan kita adalah , apabila kita tidak lagi dalam perjuangan , kita akan lebih teruk dari mereka-mereka yang tidak berjuang.wa na’uzubillahi min zalik..jadi kita hendaknya mohon ditetapkan hati dalam perjuangan..insyaAllah..
Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
(Al imran 147)
Satu je yang ana mahu pesan pada diri ana dan sahabat- semua..”adakalanya perancangan ALLAH , tidak diduga sama sekali...jadi usaha itu sangat penting bagi merealisasikan impian..takkan selamanya kita berada dalam kebimbangan , akan datang suatu masa nanti , laungan takbir bergema di pelosok dunia dengan terang benderang..”
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata
(Al fath ayat 1)
Salam setulus perjuangan , dari sahabatmu..yang aku rindu selalu..
Huzaifah
17 Zulkaedah 1431 hijrah
Taman tarbiyyah islamiah
Terengganu
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment