DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Bisa Sang Hawa Terhias Pada Mulutnya

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam pertemuan ,  salam kunjungan
    Harap semua pembaca sihat-sihat saja..Kita bercakap pasal pembinaan rumahtangga , ada si suami dan ada si isteri..jadi terpikul lah amanah pada kedua-dua pasangan ini..di permulaan pernikahan memanglah semuanya romantic , sayang , abang..darling , keeling tak kira lah..honey money..bila  ditanya tentang permulaan hidup berdua ni , katanya ow beh , best ..baru sebulan berkahwin..

  Ilmu berkenaan wanita ni sudah lama di kaji dalam beberpa buah buku dan kitab2 seperti “al muhimmah” dan dari pengalaman diri melihat , sahabat dan masyarakat..inilah yang dikhuartiri kaum adam .bertapa bisanya si ular tedung sebenarnya bisa lagi mulut sang Hawa..bukankah telah disebut bahawa lelaki semuanya kuat hebat tetapi lemahnya(dok ghock ) pada mulut..maka sebaliknya perempuan itu serba serbinya lemah tetapi hebatnya pada mulut..

    Lihatlah wanita yang sudah bersuami , selalu ditinggalkan jauh ke belakang ketika berjalan bersama, lebih kurang satu tiang api letrik gitulah..dan jika disuruh perempuan mengangkat beras 10 kg , sudah semestinya rebah tertunggeng..

Tetapi kena ingat ni wahai wanita, mulut anda? Bukan sebab berbau ? tetapi…
Dan telah berkata oleh setengah ulama’
-          Dan wajib pula mengikuti bagi suruhnya dan diam ia tatkala berkata suaminya, dan berdiri tatkala datangnya dan tatkala keluarnya dan mendatangkan diri atas suaminya tatkala hendak tidur dan memakai bauan –bauan baginya.

Jika dilihat sekarang , ramai si isteri menyanggah ketika suaminya sedang bercakap , belum pun sempat habis perkataan suami ,si isteri terus : eh dok eh , bla,bla,bla..bercermah , bagi kuliah bukan main hebat bila saja ada disuruh balik , terus balik si suami..

    Bila dah masuk tiga bulan..si suami balik duduk di beranda sahaja , barulah tahu si isteri bermulut puaka..: ha , balik dah , ingat pergi melencong kemana tadi.kata si isteri.Suami baru nak lepas penat tergantung , sakit hati menerima perkataan sebegitu..pergi le semula suami ke tempat kerja , kerja yang sudah tamat terpaksa disambung dengan overtime..

    Bila si suami balik untuk melantak makanan , si isteri pula : orang dah kata , beli kereta! Beli kereta ! ,asyik  naik motor sampai dah haus punggung I ,you tau tak..: suami yang tengah sedap melantak terus tak lalu makan..terus start motor , tak balik-balik dah..duduk sorang-sorang kat pantai..

   Bila je ada tak kena sikit..you ni pot pet…pot pet..kan I dah kata..pot pet..sorang-sorang duk berleter/beleber kat dapur..base bodo.kata pada suami.dia slow je bunyi..pagi pot pet,petang pot pet..

Memang sifat berleter sang hawa telah diakui oleh ahli-ahli  bangsa , tak kira melayu , om putih cina..kalau Tanya orang cina , sama ini macam la I punya bini..kuat sungguh..haiyaa..tanya pula si mutu aiyoo , ini macam orang sama saja..

Dalam tugasan menjadi seorang pendidk juga..ana pernah bertanya kepada beberapa orang anak murid..nenek awak bercerai kenapa ? dia kata :bleber( berleter )kuat..

   Maka di kedailah akhirnya si suami tempat menikmati hidangan , tidak seperti romantisnya bila bersama si isteri lagi..layanan di kedai cukup memukau?
Ye bang nak makan apa? Disini kita ada mee goring , sup , nasi..bla.bla.bla
ape-ape jelah..
ingatlah pesan orang lama
“terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata , badan binasa.”

Bisa yang satu ini sudah cukup untuk dibenci kaum adam..apatah lagi , isteri yang pandai karate , melayang pinggan mangkuk..
Dan apa yang ana coretkan bukan semua wanita , kebanyakan sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W
-          “telah aku melihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya”..
-          Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air yang panas dituangkan di leher itu , maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya..
Wallahua’lam
Huzaifah
23  Muharram 1432
Kg Banggol Air Lilir
Terengganu





 ¤ ittaqullah ¤

2 comments:

izzat said...

salam..nice entry..semoga kita berusaha menambah ilmu rumah tangga.

December 30, 2010 at 10:46 PM