Bismillahirrahmanirrahim..
Mulanya aku masuk ke pentas , aku jadi bangga kerana dapat berdepan dengan jutaan ramai orang , bila orang melaung , hati aku jadi lebih lebih berbunga kerana ramai yang mengatakan suaraku sedap..aku mendendangkan lagu-lagu cinta , jiwang lagu yang membuatkan hati peminat menjadi cair..
Selepas pulang ke kediaman , aku memandang cermin , kelihatan personalitiku agak kurang terserlah , maka mulalah aku mencari pakaian yang kuanggap lebih matang dan seksi lagi ,bila aku memakai pakaian itu dikhalayak ramai aku rasa teruja kerana mereka mengatakan aku cantik..
Bila berada dirumah , undangan demi undangan datang kepadaku untuk memeriahkan majlis tari menari , konsert , sambutan merdeka dan acara-acara yang memberikan hasil yang lumayan kepadaku..
Aku mendapat tempat dalam anugerah juara lagu , masa itulah aku mengenakan kain berbelah , jalanku yang liut lentok, membuatkan ramai yang memandang ke arahku..aku jadi perasan..
Bila wang ku bertambah , mulalah aku berbelanja ingin merasakan hidup yang mewah , kerta mewah , rumah besar , pakaian cantik ,
Bertahun-tahun aku lakukan pekerjaan yang sedikit sebanyak membuatkan aku jadi lebih ingin memajukan diri..diriku lebih seksi , tidak cukup dengan bernyanyi , aku mengoyang-goyangkan tubuh supaya lebih terserlah lagunya..setiap tahun mesti gaya keretaku berubah-ubah..
Bila pulang ke tempat kediaman , ku lihat wajahku di cermin , ada parut-parut halus di bawah mataku..rupanya 10 tahun telah berlalu..muncul persoalan di hati , adakah perlu aku teruskan hidup begini..solat ku tidak pernah aku hiraukan kerana ingin memenuhi undangan majlis..
Bila ku tatap balik konsert-konsert yang aku undangi , rupa-rupanya fesyen pakaian ku menjadi trend anak-anak muda muslimah, bila aku mendengar menutup aurat itu wajib..diriku tersentak bila remaja melihat aku sebagai model yang pop..aduuh , macam mana aku nak tebus balik..fesyan pakaian ku menyebabkan ramai remaja muslimah diburu lelaki dan dicabul..
Bilaku dengar balik laguku yang merdu..ramai lelaki yang jadi sakit kerana menjiwai lagu ku yang didedangkan , lagu ku yang memuja-muja seorang wanita , lagu ku yang mengundang kepada kemaksiatan , laguku yang mengisahkan , perlunya mengejar dunia semat-mata tanpa sedikit pun memikirkan akhirat..
Sungguh penyesalan itu datang bila mana semua tindakan ku yang gedik , bermekap , tidak bertudung , pakaian ketat ditiru oleh ramaja ..perkara yang dilarang agama..
Wang yang ku perolehi berjuta-juta membuatkan diriku semakin resah..aku ingin menebus balik dosaku itu..
Aku naik ke pentas , aku mengubah laguku kepada ketuhanan , peminat yang hadir , rupanya , berpatah balik kerana mendengar laguku ini , pelik kenapa lagu yang baik ini tidak dipedulikan , barulah aku tahu , bagaimana islam ini dirasai oleh masyarakat..sedih..
Bagaimana untuk aku menebus kesilapan itu , aku cuba untuk menarik balik laguku yang kurasakan sudah tiada roh , di radio aku cuba menghantar surat supaya tidak menyiarkan laguku , banyak lagu ku berada di kemudahan internet , bagaimana lagi untuk aku menutup kesilapan itu , perlukan aku bertemu dengan setiap orang untuk mendelete lagu –lagu itu?..mustahil..
Trend pakaian ku sudah melebar luas , bagaimana untuk aku menutup balik trend itu..adakah perlu aku berkata , jangan ikut trend ini kepada setiap remaja permpuan..Ya Allah..
Masa yang bertahun-itu , baru sekarang ini aku berlajar mengenai al quran , fardhu ain..,solat..sudah lama aku tingalkan , bagaimana untuk aku mendapatkan balik masa itu..bayar dengan segunung emas pun tidak dapat aku perolehinya..
Mataku sudah kabur , suara sudah hilang , kulit ku sudah kendur..bersediakah aku menemuiNya..barulah ku tahu , rumah yang besar , kereta mewah , suara merdu , pakaian cantik , wang yang banyak tidak sedikit pun menemaniku ke tempat asalku..keseorangan ku disana nanti..adakah wang berjuta-juta mampu memberi kecerahan dalam kuburku..
Rupanya aku lah pelakon utama yang menyebabkan saham dosaku berganda..-ganda datang kepadaku..sedikit sahaja pahala amalanku...akulah yang menyebabkan pakaian seksiku dicontohi remaja..aku lah yang mengajak remaja menghampiri maksiat , akulah yang mengajarkan remaja supaya cintakan dunia , akulah yang mendidik remaja supaya membiasakan dengan dosa, akulah yang menyeru remaja supaya sentiasa berhibur..
Wang ringgit tidak dapat membayar setiap perkara buruk yang telah berlaku..kembalikan diriku Ya Allah , menyesali dosa-dosa ku yang lalu , aku tidak menghiraukan hukum hakam dalam kitab suci Mu , aku tidak mengendah sabda NabiMu , aku meremehkan ustaz-ustazah..SEKARANG INI BARU KU MENGETAHUINYA , TETAPI APAKAN DAYA , SESAL KU TIDAK MENGUBAH APA YANG TELAH BERLAKU ..RUGINYA AKU , RUGINYA..
Cetusan by
Huzaifah
Terengganu
¤ ittaqullah ¤
0 comments:
Post a Comment