DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

*AKHWAT YANG MENGGUGAT HATI IKHWAN*

Bismillahirrahmanirrahim..





Pada petang itu , sepasang kaki melangkah laju persis orang  yang turun dari bukit , niatnya ingin ke pusat mentelaah ilmu di perpustakaan..saat kaki melangkah terasa ada jernih embun melirik di pipi..itu tandanya cuaca sedikit panas menambahkan lagi kehangatan pada siang hari..hari-hari yang panas ditempuh juga demi sebuah perjuangan menempa kejayaan..khalil sudah selesai kuliah nya di tengahari yang lalu..selalu juga dia melangkah menziarah perpustakaan taman islam itu untuk menimba segunung ilmu..diajar mahu pun sebaliknya , dia secara tidak formal mengambil ilmu-ilmu pengajian islam untuk lebih mencari kefahaman yang tinggi lagi..jalan bersahaja tidak sedikit pun terbit rasa bangga malah bersyukur kerana diberi pilihan untuk berada di Universiti di taman islam..

  “jom hapiz , kita pergi pustaka?”
  “aku takde kad matrixlah lil , takpelah lain kalilah”
  Ok takpe..beress

   Di muka pintu perpustakaan , tidak memberi sedikitpun gelisah sebagaimana kawan-kawannya yang selalu resah kerana bimbang akan nasib dirinya terhadap pakguard ,kawannya yang tidak suka dengan cara skema iaitu mematuhi peraturan walaupun kecil..yang selalu terjadi disini adalah pemakaian kad matrix , boleh dikatakan hukumnnya wajib memakainya di sisni..tapi tidak bagi khalil..dia dengan tenang memasuki pusat ilmu itu..

    Biasanya khalil akan ke bahagian koleksi umum untuk mencari bahan assignmnet dan seterusnya akan memanjatkan ke tingkat dua pula untuk mentelaah di bahagian koleksi Arab..entah kenapa terasa ada sesuatu yang menggamit hatinya..dia merasa tenang sekali bila berada di bahagian ini..

  “aku mesti target deant list untuk sem ni..biarlah aku bersusah-susah kejap...”

   Khalil seperti dilamun kejayaan , tanpa disedari sudah beberapa helai jarinya mebelek-belek buku yang dipegangnya..dia menyedari bahasa peperiksaan akhir sudah dekat..sama ada perasan atau tidak , orang sudah ramai di sekelilingnya..itulah mereka para ulat-ulat buku..rajin sungguh mereka menuntut ilmu..

   Di suatu sudut , ada sepasang mata yang cuba merenungnya dan secepat kilat mata itu tertunduk pandangannya..dia beristhgfar di dalam hati..tapi sungguh sayang khalil tidak mengetahuinya sedikitpun..Asma’ , nama yang cukup indah di persada taman islam..memujuk diri..dia bagaikan terpancar satu cahaya soleh  terhadap pemuda itu..dia digerakkan hati nya untuk mendamba insan pilihan untuk menjadi pendampingnya..asma’ tidak keruan hatinya melihat ketenangan tindakan pemuda itu..dia yakin hatinya tidak salah lagi untuk menjadi yang halal kepada pemuda itu..

    “ya ukhti , boleh ana tanya sikit..boleh ana tahu siapa pemuda itu..” tanya asma’ pada kawannya zai
“ yang mana satu asma?”
“yang baru bangun tu “
“oh  , pemuda itu.masyaAllah..dia adalah salah seorang mahasiswa jurusan muamalat..”terang zai
“em..camne ukhti boleh kenal dia ek?”

“pemuda tu selalu mengimarahkan surau blok kita..orangnya berbudi pekerti berakhlak mulia..amboi banyak nya tanya , enti ada apa-apa ke ni ?”tanya zai

“eh takdelah , takkan tak boleh ana kenal orang kak..ana Cuma tanya saja” hatinya menyembunyikan suatu perasaan..kawannya zai kehairanan..

     Sebenarnya sudah beberapa mesej telah masuk dalam inbox handphone khalil..telah menjadi kebiasaan khalil bila ke masjid , dia akan meninggalkan hansetnya di dalam laci berkunci..dia cuba untuk lupa sebentar pada dunia..5 minit kemudiaan barulah khalil pulang , dia cukup rasa berat dengan muatan ilmu yang diceduk dari ustaz-ustaz di taman islam itu..selepas menukar bajunya dia membuka laci nya untuk melihat handphonenya..astaghfirullah...”ada 3 mesej masuk”

Dari persatuan muamalat
-Salam..esok akan diadakan mesyuarat persatuan di kanten imam kisai kul 9 malam..
From Ydp ,izat-


 

   
  



-Salam ustaz , malam ini ada liqa’ di surau al Khawarizmi lepas isyak..
From ustazah fika-



-Salam syeikh , dah makan ke belum..kalu belum jom gi makan?
From nazif-
 















     Khalil membiarkan ketiga-tiga mesej..dengan secepat kilat , khalil terus saja ke musalla al kawarizmi dengan perasaan bersalah..dia tahu perjumpaan ajk surau disebabkan laporan pada minit-minit akhir..dia dengan langkah yang laju menerusi lorong yang memisahkan blok dengan blok yang lain iaitu longkang..hampir nak rebah juga dan lucu jugak bila kain pelekatnya tersangkut pada dahan pokok yang reput di rumput..
-       

        -Bersambung   -

By huzaifah
Taman Bingkisan Jihad 
Kuala terangganu


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: