Bismillahirrahmanirrahim..
Asssalamualaikum W.B.T
Semoga pembaca sekalian dalam keadaan sihat hendaknya , saya disini berasa teruja bila dapat pulang ke kampung halaman , bersilaturahim dengan masyarakat dan membina keperibadian peradaban diri..
Tidak disangka begitu jua perjalanan saya yang panjang ini , banyak lagi duri dan ranjau yang perlu ditempuhi..ketika mana saya pulang membawa segunung harapan..tetapi ternyata kekesalan itu muncul disegenap ruang hidup bukan kerana mengejar masa depan yang tidak menentu tetapi mencari pengalaman diri sesudah banyak karakter dan karenah manusia yang saya jumpa , akhirnya saya membuat keputusan untuk hadir dan bersilaturahim dengan masyarakat buat masa ini..
Tidak selalunya hidup ini indah , kadang-kadang pahit datang juga , maka terpaksa lah kita menelannya suka ataupun tidak..yang pasti cabaran hari esok tetap akan datang jua..
Masih saya ingat saya dijemput untuk menghadiri perlawanan bola sepak di salah sebuah sekolah , bukan untuk bermain tetapi sekadar penyaksi..dalam masa yang sama saya terpaksa pergi ke kuantan , perkara yang lebih penting untuk diutamakan..jadi tidak disangkal lagi mestilah kuantan yang akan saya jejak..
Cepat atau lambat , begitulah terpaksa saya kejar , maklumlah pula ada sedikit kesempitan yang melanda..tetapi tawakkallah jalan akhir saya ..
Bayangkan , hanya Allah yang tahu sempitnya saya ketika itu , dalam keadaan begitu saya sempat mencari keputusan yang tepat dan cuba menarik nafas dengan tenang..tepat pukul 5:30 petang beg disandang dan saya terus beredar meninggalkan kediaman rumah sewa..
Dari kuala terengganu ke kuantan..itulah titik mula perjalanan bukan sahaja boleh dikira jauh dan tidak pernah saya jejaki sebelum ini , bahkan seorang teman dan kawan tidak dapat menemani saya kerana mereka sangat sibuk dan niat dihati saya pun tidak mahu menyusahkan mereka..
Dengan melihat signboard jalan..saya hanya melalui jalan utama kerana tidak biasa , bimbang tersesat ditengah jalan , hutan dikiri kanan , bukit bukau yang menggunung tinggi dapat saya saksikan..makin jauh saya berjalan , saya rasakan makin cerah jalan yang saya lalui tidak tahu mengapa..
Entah tidak dapat saya kira , berapa kali hujan yang melanda , sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya untuk terus sampai dalam keadaan selamat..saya sempat menyinggah di satu dua tempat itu pun hanya untuk solat dan mengisi perut motor yang hampir kehabisan minyak..
Di destinasi terakhir , sempat saya betanya kepada sahabat kesayangan saya , dia banyak membantu saya dalam ujian getir ini , alhamdulillah destinasi terkahir saya singgah di perhentian minyak dan saya masih ragu lagi dimana dan berapa jauh tampat yang dinamakan The Legend Resot , kakak yang menjaga kaunter menjawab depan sikit je tidak jauh dah..
Alhamdulillah , akhirnya setelah hampir enam jam berada diatas motor , penat lelah itu akhir nya saya mencari masjid ataupun surau yang bisa membenarkan saya berehat seketika..di depan resort itu saya menemui sebuah surau kecil yang mana di sebelahnya sekolah Pasti.. saya meletakkan kenderaan saya seterunya mencari ruang untuk berehat..
Tepat pukul 5:40 pg saya terjaga seterunya melakukan sdikit solat qiamullai..melihat kepada keadaan tandas yang tidak terurus , saya beredar ke masjid berdekatan untuk membersihkan diri..berkumandanglah azan subuh dan saya solat bersama –sama masyarakat sekitar..usai solat saya mencari penjuru masjid untuk menyandarkan diri saya kerana keletihan ..masa masih lagi panjang , tiba-tiba saya terjumpa dengan seorang ustaz yang saya juga rapat dengannya , lepasan Jordan dan pernah kami sama-sama ke kelantan menaiki motor..ada seorang lagi ustaz lepasan Pakistan juga turut bersama..yang suatu ketika dahulu pernah saya menjadi warga mereka dalam mendidik diri dan pelajar sekolah ..tidak menyangka pertemuan yang singkat ini memberi sedikit motivasi untuk memajukan diri..
sewaktu saya menunggu di wakaf masjid , beberapa ekor burung berkicauan dan mendekati saya , melihat kejinakan burung yang dipanggil di kelantan "Burung Cap Rumah"..saya terpanggil untuk merakam gambar mereka..
Singgah di kedai makan hanya merasa nasi lemak yang sedikit pedas dari..tapi menyelerakan ..sedkit mahal yang saya ingat Rm 6 ringgit nasi lemak + air radix..
Masa masih lagi panjang , jadi saya meneruskan pengembaraan saya ke tepi pantai cherating , yang mana pantainya bersih dan indah , pantai yang berbeza di terengganu kerana keadaan nya yang tidak bercerun curam tetapi landai..tidak terbilang berapa bentuk lubang yang dihasilkan oleh ketam yang dapat saya lihat ..
Waktu saya hampir ke kemuncak , saya seterusnya ke tampat resort tersebut untuk menghadiri sesi interview..yang mana ramai sahabat-sahabat saya yang hadir walaupun perkenalan yang singkat tetapi cukup bermakna , mereka semua berpengalaman dalam kerjaya masing-masing..
Sedikit dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuh dalam masa itu..tetapi Allah memberi jalan kepada saya suatu ketenangan yang akhirnya saya bisa menghadapinya dengan baik..petang itu terus saya pulang dengan sedikit kegembiraan kerana berjaya..oleh kerana sedikit kekalutan saya terpaksa pulang awal untuk cari keputusan yang singkat dan tepat..
Malam itu saya terus mengemas kediaman saya , dengan pertolongan ustaz bashir , kami bergilir-gilir memandu kereta viva ke kelantan untuk memindahkan barang-barang sampai di rumah saya ketika itu jam sudah menunjukan pukul 12 malam, setengah jam berehat pulang pula ke terengganu kerana ustaz tadi bekerja pada esok hari ,saya juga menurutinya sekali kerana saya perlu mengambil motor saya yang saya tinggalkan di kediaman sewa saya , hajat untuk pulang dengan motor tidak sampai kerana hujan ketika itu boleh dikira lebat..jadi pukl 3:45 pagi saya sampai di terengganu..
Pukul sembilan sekali lagi saya harus pulang ke kelantan dengan motor yang mengambil masa 4 jam jadi walaupun penat dan letih , saya bersyukur dapat pulang dalam keadaan selamat walaupun hujan pada waktu itu , tekad saya tidak akan pernah patah semangat..malam itu barulah saya mendengar berita di negeri terengganu mengalami banjir..
Pada ketika ini saya Hanya menunggu waktu untuk saya mencapai kerjaya dan cita-cita dan impian saya..banyak aktiviti keagamaan disini yang saya turut serta..tetapi sayang tidak ramai yang turut serta..yang penting saya istiqamah muda-mudahan..
Huzaifah
Perumahan kg belian
Tumpat kelantan
¤ ittaqullah ¤
1 comments:
insyaalah anda dapat juga jadi pendidik nanti...
April 28, 2011 at 9:58 PMPost a Comment