DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Berbalah Kerana radio..

Bismillahirrahmanirrahim..



Sungguh lucu peristiwa tersebut …sedikit pengalaman yang aku ada sehingga telah mencapai ke menara gading sungguh banyak..aku masih ingat ketika mana aku pernah bekerja di stesen minyak…

Terlalu sukar untuk berdakwah secara terus terang kerana keadaan yang tidak mengizinkan..hanya perlakuan & akhlak dapat aku buktikan…yang paling aku bersyukur boss yang memahami…dia sangat baik walaupun dia bukan islam , orang siam…yang paling aku suka , bila tiba je waktu solat…ada pekerja siam ,Kak Tin namanya…”gih nuh semaye( pergilah solat )” suruh dia kepada member2 dia temasuk aku ( waruk tak waruk dok kire , yang penting peringatan)…”khop pun khap( terima kasih)”…yang dah islam tak de suruh pula gitu..Mu mu , Aku aku..susahnya kalu islam pada nama...betullah apa yang ulamak kabo..islam ni mudah atas dasar kebenaran..maka ikutlah..(Moga kita tak buruk sangka pada orang ye)

Kalu kita tanya pensyarah PHD dalam bidang matematik 2 + 2 berapa ? pensyarah tu jawab 3…berbanding kalu tanye beruk 2+2 berapa ?  , beruk jawab 4 .. ha sahabat wa sahabiah , nak pakai jawapan pensyarah ke , jawapan beruk? Mestilah beruk kan..walaupun ia berak merata , makan tak basuh tangan..sebab jawapan dia soheh..sebab itulah kadang2 sebodoh-bodoh lembu(bodoh ke tak de akal,lupe!) dia tak pernah terjun sungai ,kalau manusia, tempat kerbau mandi manda pun , balon jugak..apa bareng..sekadar gurauan dalam kebenaran..betul la kan..

Ni tempat lain plak..

selepas shif pertama ,aku masuklah pula shift yang kedua…biasanya pekerja ni akan memasang radio…ha inilah taktik aku…menukar siaran radio…kepada IKIM.fm…Yang kacauwala sikit bile siaran ni tergendala , pekerja lain pun menukar siaran lain , manis.fm , masin.fm , tawar.fm dan banyak lagi..memang aku tidak nafikan radio ikim.fm sering tergendala , nak cari keberkatan kena mujahadah , aku boleh saja bersabar(betul ke, ke kat tempat keje je ni nak berlagak lebai) he3 , pekerja lain emp..tak leh…jadi diorang tukar , sanggup dengar benda2 laghro…

Aku pun menukar pula…YA Allah…sukarnya…tak tahu kenapa kalu diri mendengar  radio selain IKIM.fm membuat diri rasa nak memberontak , rasa tutup radio lebih baik dari mendengar lagu 2 lain…aku bukanlah tauke jadi tak leh buat apa2..ni sekadar mampu..itu dulu lah sekarang kite dah open dengan suasana sekeliling....radio keling pun aku dengar,he3 gurau ja.


Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.


Aku pun tidak tahu…persepsi masyarakat sudah teruk(isy isy sedap nya tibai kat orang,diri sendiri pun perfect sangat la tu ..tak sedar)….suka berada dalam perkara laghro…yang ada 5,6,7,8,9 orang anak , masih lagi tak insaf…padanlah anak2 jadi tak tentu arah…pernah sekali ada seorang anak perempuan yang mengendong emak yang bertudung serba lengkap  dengan baju kurung…tapi anak2nya tak bertudung , memakai seluar sampai paha saja…teruknya mok pok sekarang , takut menegur anak sendiri , anak orang lain lagilah…nauzubillah…macam mana pula masa depan nanti jika anak2 muda sekarang dah begini…(moga engkau perbetulkan aku Ya Allah..)

*semacam ada suara2 setan mengganggu, ..pish2..Auzubillahi minassyaitan..


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: