DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Jika Ini Takdirku

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


Dikala aku melewati bangunan universiti aku terserempak dengan seorang muslimah..entah kenapa pertama kali jiwaku tidak tenteram melihat muslimah itu. Alangkah bahagianya kalau aku dapat menjadi imam kepada seorang muslimah yang menjaga diri dan hatinya kerana Allah SWT.. “ah” hati ini selalu memikir perkara  yang bukan bukan ..Apa tidak nya di pengakhiran semester ku . Aku juga berhajat dapat mencari seorang calon muslimah buat dijadikan isteri..

Fikiran ku mengelamun seketika sehinggakan perjalanan untuk ke blok Fakulti  tersasar jauh ke bangunan perpustakaan..”ahak” sungguh kelakar diriku..ketawa seorang diri.. Perasaan hati siapa yang mengerti melainkan Allah SWT Yang Maha Mengerti..

Setelah diselidiki dan mendapat info dari sahabat , akhirnya muslimah itu telah diterang lengkap bersama alamat rumah keluarga nya dan no telefon bimbitnya  … Aku mengusap dada dan bersyukur atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWt ..Anugerah cinta tiada nilainya..SubhanAllah..

Setelah tamat belajar di university, perasaan cinta yang terpendam terpaksa  aku lupakan buat sementara waktu kerana  ingin menumpukan diriku dalam kerjaya.. Alhamdulillah mendapat tawaran sebagai pendidik sekolah swasta. Aku sedar gaji yang diterima tidak setimpal berbanding tawaran sekolah sekolah di bawah tanggungan kerajaan tetapi demi meneruskan sisa sisa hidup biarlah kerja apa pun yang penting aku menyukai dan meminatinya..

Rasa cintaku bersarang tanpa pengetahuan orang tuaku.. pada suatu hari hatiku terdetik untuk kesekian kali ke rumah muslimah itu.. Aku pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa.. Dengan menunggang motor kapcai yang sekian lama menemaniku belajar , aku menggagahi jua ke rumah muslimah itu..lantas segera aku sms bahawa aku akan datang ke rumahnya ..

Dengan sedikit pisang Goreng yang dibeli di kedai , aku sampai di halaman rumahnya lalu aku memberi salam..Alangkah hairannya salam ku tidak bersahut , kedengaran riuh di dalam rumah.. Aku mengintai ngintai takut penghuni ada di belakang ..

“Bromm” dibelakangku terdengar bunyi kereta lalu bersahaja dan lantas segera parking di depan halaman rumah.. Alangkah terkejutnya aku melihat sahabat lama aku datang bersama keluarganya.. Yang tidak mungkin aku dapat menerima hakikat sahabatku itu disambut gembira oleh keluarga muslimat tadi..
‘ah’ baru aku teringat kereta yang diparking didepan rumahnya adalah kereta mewah.. sedangkan aku hanya berkapcai buruk..

Kedatangan mereka disambut riang sedang keluarga muslimah itu tidak sedikit pun sedar akan kehadiranku.. aku cuba menelefon muslimah itu tetapi satu kali pun tidak terangkat..aku memberanikan membawa diri dari tempat itu.. Air mata bercucuran.. inilah nasib aku.. pemuda yang tiada apa..hanya datang membawa diri sedangkan mereka datang membawa janji..

Sekembalinya aku di tempat aku meletakkan motor kapcaiku.. aku ingin pulang dengan membawa bersama tangisan.. Allah , tiba tiba motor yang aku tunggang tadi bagaikan tidak mahu mengikuti tuannya.. enjinya tidak dapat hidup.. segera aku menggeleknya mencari cari tempat bengkel terdekat .. Hampa hatiku bila tiada satu pun bengkel yg kelihatan kerana dikawasan aku lalui itu adalah kawasan hutan ..Mana mungkin di tengah  tengah hutan ini ada bengkel....ya Allah jika inilah takdir ku, Aku menerima dengan ketentuanMu..

Kini aku bersujud menyembahMu , mengharap cinta dariMu..Tiada yang lebih utama kecuali mencintaiMu

Naziran Nasir
Kemaman
Terengganu



 ¤ ittaqullah ¤

1 comments:

Anonymous said...

Yakinlah dgn jnji Allah... Allah sntiasa mnjanjikan dan mberikn sesuatu yg kita perlu... Teruskan berdoa dan mga dipermudahkn sgalanya ...

April 11, 2014 at 8:46 AM