Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Hi dan salam sejahtera,
Tahun 2012 saya mula berkecimpung dalam bidang oil and gas, kerja saya berurusan dengan client dalam menguruskan dokument.Barang barang projek carigali minyak dan gas.
Awal tahun 2016, situasi paling teruk pernah saya hadapi, mungkin disebabkan harga minyak yang tidak stabil, cut cost segala bajet, dan management. Masing masing bertindak menjaga periuk nasi sendiri dan hanya memfocuskan menjaga deparment sendiri.
Kisah saya begini, saya mendapat arahan untuk menguruskan proses dokumen pengeluaran barang yang telah diguna di pelantar minyak,dari gudang ke luar kawasan bonded item dengan kebenaran pidak kastam.Ianya memerlukan beberapa pihak untuk bekerjasama.
Seperti biasa , saya akan merujuk dahulu kepada saya punya supervisor, disebabkan dia orang lama, dia berpandangan tidak boleh kerana menyalahi prosedur, saya memberi tahu pada unit lain yang berkenaan tentang hal ini. Diorang sangat marah.Sepatunya marahlah orang yang tidak bersetuju bukn orang yang menyampaikan.
Boleh diringkaskan situasi begini:
2 deparment
Boss setuju=boss setuju
Supervisor tak setuju=supervisor setuju
Anak buah setuju=anak buah setuju.
Dengan keadaan seperti itu, saya dilema,saya hampir nak menangis air mata kejantanan saya ni.
Saya dah nampak,masalahnya bukan pada solusi, tapi masalah peribadi.Anak buah unit lain terpaksa berurusan dengan supervisor unit lain. Ini disebabkan masalah dalaman supervisor yang sepatutnya memainkan peranan dengan level supervisor juga.
Kerana saya dapati perkara ini tidak akan selesai jika tiada komunikasi dua hala, saya merujuk kepada boss saya dan menceritakan perkara sebenar. Semua level Executi, Senior Executi, Manager dah pun memberi approval, tetapi di pihak supervisor saya keras kepala untuk tidak bersetuju. Alasannya apa apa berlaku unit kita kena.
Faham atau tidak, jika boss bersetuju bermakna diorang sanggup menerima risiko tetapi lain pula jadinya, my superior pulak terlebih rasa risiko. Masalahnya yang buat urusan dokumentasi adalah saya. Saya nak bantu setlekan masalah, bukan nak bekukan msalah.
Tapi apa yang saya nampak, kita patuh arahan kerja atau tidak bukan disebabkan tegas atau tidak seorang, tapi apa yang kita lakukan itu adalah amanah,betul dan mendapat persetujuan banyak pihak. So tiada lagi masalah.
Beberapa hari selepas itu, urusan semua dah selesai.Alhamdulillah.
Tapi bila terkenangkan balik, itulah pengalaman baru bagi saya.Setiap masalah yang tidak pernah kita hadapi, itulah pengalaman baru kita.
Naziran Nasir
Kelana Jaya
¤ ittaqullah ¤
Di persimpangan aku berdiri
3 years ago
0 comments:
Post a Comment