DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Rupa-rupanya dialah pemuda itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru -baru ini , semasa singgah solat zohor di masjid K.Z.A , setelah berlalu dari mengambil wuduk , ana terpandang seorang sang pemuda , yang ana lihat tenang wajah nya , memakai tongkat baru keluar dari pintu pejabat masjid…
Sebelum ini tidak pernah ana melihat kelibatnya disini , aneh pemuda ini , wajahnya macam penduduk luar Negara , yang ana kira orang palestin kut..agakku sendirian..
Ana tidak tahu kenapa ana tidak rasa puas melihat kelibatnya disini , sehingga lah dia solat sunat zohor .dia yang kudung sebelah kakinya..ana terus saja menyoroti..
Iqamat sudah dialunkan , setelah kami bersama berjemaah zohor ..seusai membaca doa , kami mendengar sedikit pengumuman dari imam masjid …
"Kita dikunjungi saudara kita dari Palestin dan dia telah pun menceritakan kisahnya bahawa dia adalah tentera yang berjuang melawan yahudi laknatullah..ayahnya mati sebagai syahid fisabillillah dan dia menerima beberapa das tembakan di badannya dan masih lagi terdapat serpihan peluru berada di kepalanya..jadi beliau meminta sedikit sumbangan dari ahli jemaah untuk membantu beliau untuk meneruskan perjuangan" insyaAllah …..
Menitis air mata ana mendengar pengumuman itu ,rupa – rupanya dialah pemuda itu , pemuda fiisabilillah.. lantas ana hulurkan yang termampu buat sang pemuda ini “pemburu shahid”…sedih mengenangkan nasib kita , setakat mana lah tahap pejuangan kita disini , masih lagi dalam keadaan yang selesa…beliau cukup menderita , tetapi insyaAllah bahagia di akhirat..cukuplah dengan menerima kata “ barrakallah” dari sang pemuda syurga ini…
Sahabat wa sahabiah andainya perjuangan ini mudah , sudah tentu ramai yang menyertainya , tetapi ingatlah , berjuang itu memang pahit , kerana syurga disana manis , menanti kita disini…perjuangan memerlukan pengorbanan…andainya diri memerlukan pengorbanan , sanggupkah kita? Tanyalah iman di dada..
Salam perjuangan….salam imtihan….salam kemanisan iman..


¤ ittaqullah ¤

0 comments: