DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Ukiran memori lalu ( cerpen2 Huzaifah) – 1 – tempat asing itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ring!!! bunyi loceng menandakan waktu kelas akan bermula , aku serta abangku tiba di ruang pejabat , diruang pejabat , para guru2 keluar masuk untuk punchcard kehadiran…zaman teknologi tiada batasan , dengan hanya meletakkan ibu jari sahaja , seseorang itu sudah dapat dikenalpasti tanpa perlu bersusah payah mencari nama untuk tandatangan kehadiran ,begitulah majunya tempat aku belajar aku beserta abangku masih lagi menunggu giliran untuk masuk ke bilik Hal Ehwal Pelajar , setelah seorang dua pelajar keluarga tiba lah giliran kami untuk masuk kebilik HEPA..kami sebenarnya lewat seminggu untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar baru .

kami tidak tahu kenapa tiba2 Guru HEPa menunjukkan muka marah lntaran kami tidak membawa beberapa document yang perlu dibawa tanpa sedikit pun belas kasihan bahawa kami baru sahaja berada di tempat ini, yang asing bagi kami , (astaghrfirullah ) kami cuba untuk bersabar kerana kami tidak mengenali peribadi seorang Guru Hep bagaimana , jadi perlukah aku menghukum keburukan sebegitu cepat terhadapnya?..

10 minit telah pun berlalu kami sama2 selesai mengisi borang kemasukan dan setelah itu aku diiringi seorang ketua kelas 4 pintar untuk membawa aku ke tempat belajar..setelah berada di muka pintu kelas 4 hormat , aku dipanggil masuk oleh cikgu Perdagangan , dan disitu juga aku menunjukkan slip pelajar dan aku dita’ruf kepada rakan2 sekelas..assalamulaikum , nama saya … bin … minta tunjuk ajar semua..

Kebetulan pada masa itu terdapat kerusi meja kosong jadi , terus aku duduk disitu bersama sahabat baru , nama dia Hafizi bin abdul karim..dan disebelah kanan aku pula al amin , dan Zaki..macam biasa aku berta’ruf dengan lebih specific sikit dengan sahabat baru..sebenarnya aku confius kerana aku tidak biasa beraku- aku dengan sahabat2 nih , maklumlah kawan baru..

akhirnya aku cakap kawe(aku)lah…tapi lucu jugak pernah kawan yang paling belakang kedudukannya Irfan Tanya pada aku “ mu duk mano” aku pun jawab “ duk rumah kawe lah” dia pun buat lawak macam budak2 menggigit jari sambil berkata “ rumah kawe?”...bersambung

¤ ittaqullah ¤

0 comments: