DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

episod perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim..

   Assalamualaikum ..sahabat-sahabat yang dikasihi Allah..terasa baru semalam ana berasa di taman islam itu..rasanya masih lagi mendengar ucapan-ucapan yang keluar dari mulut pensyarah , baru rasa semalam ana mendengar kuliah-kuliah di surau-surau dan masid..terasa baru semalam ana kembali dari mentelaah ilmu di perpustakaan..apakah rindu ini berbunga kembali pada taman islam itu...Ya Allah sungguh cintanya padanya ilmu di tempat tersebut..

   sahabat -sahabat , sebenarnya kehadiran kalian sangat berkesan pada ana , entahlah kadang-kadang ana jadi hilang bimbingan ...bukan ana katakan semangat sahabat adalah segalanya , tapi adalah salah satu faktor yang memberi segunung kekuatan untuk berjuang..tapi ingatlah wahai diri , tarbiyah lah faktor kejayaan islam..

   terasa baru sahaja melaungkan azan disana , terasa baru sahaja selesai membaca zikir munajat...Ya Allah , Rindu ini biarlah hamba simpan buat sementara waktu , mungkin ada hikmah yang lebih besar buat hambaMu Ya Allah..tapi hamba tidak pernah lupa melazimkan sekuntum doa buat sahabat-sahabiah semoga diberi kebahagiaan ...sahabat-sahabat doakanlah moga dikuatkan  ana...

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: