DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

mana roh kita?

Bismillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum..sebenarnya diri ini malu untuk menerbitkan artikel-artikel yang ditulis..bimbang tersarang rasa kagum dalam diri…namun menulis tetap pilihan wadah ana untuk pembacaan entum semua.mungkin ada ilmu dapat dikongsi..terasa kerdil sebenarnya melihat sahabat-sahabat yang masih lagi ditarbiyah ..insyaAllah ana masih lagi disini menunggu entum..masih lagi ditarbiyah mengikut waqi’lah kan?

  sedar tidak sedar sukar sekian lama kita tidak membicarakan tentang jihad..malah firasat hati , luahan sering bermain di dada-dada blog..ana rasa perlu membuat sedikit pengisian untuk diri dan pembaca yang budiman..gementar sebenarnya mendengar kalimah jihad..

   dunia yang serba moden , ahli gerakan sudah hilang roh jihad nya …ini tidak kita nafikan..betullah kata ulama’ “ orang yahudi mencintai kehidupan dan takut pada kematian”..
al kisah , pada  perang dunia , ikhwan nul muslimin juga terlibat dalam misi peperangan membela islam dan tanah air..maka pernah askar turki menyebut..” aku hairan kenapa apabila aku melihat tentera ikhwan yang tidak memakai pakaian perang , hanya membawa pelepah tamar dan sebagai nya , askar penjajah takut untuk berperang bahkan menuju ke arah tentera turki yang siap sedia menghadapi pertempuran dengan kereta kebalnya , pakaian tentera dan alatan perang yang cukup..”

jawab seorang askar pihak penjajah..” aku menyintai hidup , askar turki pun menyintai hidup..kalau kami berperang dengan tentera ikhwan muslimin , sudah tentu kami yang kalah kerana tentera ikhwan menyintai kematian..kalau kami tembak sudah tentu tercapai hajat tentera ikhwan yang ingin mati..sebab itu kami menyerang kerana tentera turki takut kepada mati seperti kami juga..takut kepada mati..

   baru dia menyedari…ibaratnya kalau kita dikejar anjing , kita pun turut lari , ustaz kata :sedang molek , anjing kejar , kita lari. Kita lari anjing kejar ..memang masuk..orang tegganu kata “meh” kalau  English sebut ”matching” kalau kita lari anjing pun lari , itu kurang cerdik namanya.lawak tak berapa bodoh..kalau kita berani kita takkan lari bahkan tunduk dan mengambil sebiji batu..sudah tentu anjing tersebut lari pula…

   pengalaman dikejar anjing memang menakutkan..ana yang juga lahir di perkampungan cina..takut juga dengan anjing..pernah suatu hari ni masa tingkatan 1 kut, pulang dari membeli bersama sepupu..tiba-tiba datang seekor anjing mengejar kami..” diri sudah berasa rimas dengan lalakan anjing apalagi” ana bisik”cabut..cabut” sepantas kuda kami lari lintang pukang kecik  kepala-kepala kami dek dikejar anjing , selipar entah kemana tercabut dalam acara larian lintang pukang tersebut..kalau nak dikata , loji najis sanggup terjun jika sebegini keadaannya..nyawa syeikh. Anjing pun satu hal tak boleh tengok orang lari sikit , dah nak kejar..pernah juga dikejar anjing masa ana berjoging di kampung dahulu bersama-sama kawan..tapi melalui pengalaman tersebut..kami sudah matang..memang anjing akan takut dengan kita kalau kita duduk dan buat-buat ambik sebiji batu..

   bukan ana sendiri sahaja dikejar anjing , umi ana pun turut merasakan pangalaman sebegini , muslimat syeikh , lagi la..pernah umi ana balik dari membeli kuih muih..bila hendak balik , datang seekor anjing macam nak kejar , umi ana berteriak ketakutan , dilemparnya semua kuih-kuih tadi..selamatkan diri , makanan boleh dibeli , nyawa tiada sparepart..anjing jangan kita sangka anjing ni semua nya normal..kalau manusia ada yang abnormal , sudah tentu ada jugak sepsis anjing yang tak betul..kerja dia asyik membaham orang sahaja..bahaya..
ini sebagai selingan sahaja..


berbalik pada roh jihad..

   cuba tanyalah pada diri kita , kita sekarang ini cintakan mati atau kehidupan yang sementara?..bercakap soal jihad senang tetapi melaksanakannya Allah sahaja yang tahu..jadi renung-renungkanlah..

Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (muhammad ayat:20)


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: