DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

“kuta Baro”

Bismillahirrahmanirrahim..



Dalam ingatan saya masih lagi segar tentang peristiwa lalu..masa itu saya masih lagi bergelar mahasiswa di sebuah IPTA di Terengganu..entah saya tidak tahu bagaimana  hendak saya  memulakan cerita..tetapi alkisahnya bermula ketika saya berada di penghujung semester..study week yang menyesakkan dada menguji minda..saya kadang-kadang pulang ke kelantan menaiki bas..sebelum ni , biasanya saya hanya membonceng motosikal saja dari terengganu..itupun kalau cuti panjang dan hari ketika saya merindui ayah serta bonda di kampung..

Buaya bukan sebarang buaya
Asalnya dari bangladesh Cuma
Bila duduk di tepi dia
Duduk berkenal dapat cerita percuma

Alamatnya saya di jodohkan duduk bersebelahan dengan orang asing bagi saya..dari bangladesh..hati terasa ingin menanyakan sesuatu..di tepi saya kelihatan seorang pemuda kacak( tapi hensem aku sikiti la,he3) umurnya lebih kurang 19-20 an macam tu..saya memulakan bicara..


”you mau pergi mana?”
 dia menjawab” ^%^&$&%$#”
sepatah haram pun saya
tidak mengerti perkatannya

..tetapi dia melihat sesuatu..saya berpaling ke sebelah kiri ke arah dia melihat..rupanya kawannya menemani..”where are you go?” saya menanyakan kawannya..”kuta Baro”(KOTA BHARU)..ok..
saya sambung perbualan saya  dengan pemuda di sebelah saya tadi ,

You ada family?
you are moslem?”tanya saya

..walaupun dia nak cakap tak pandai tapi dia cuba mengerti..terus dia mengeluarkan dompetnya..saya sedikit terkejut takut-takut dia tak faham pertanyaan saya..takut tersalah perkiraan..dia keluarkan dompet kerana menyangka  saya nak minta duit dia..he3..
herm rupanya dia hendak tunjukkan dia punya pengenalan diri..saya sempat mengingat nama belakangnya abdullah..dia cuba berbicara..dia mengisyaratkan tanganyya ke mulutnya..bahawa di sana sukar nak cari makan..seraya itu juga dia keluarkan gambar seorang perempuan..

ish awek dia ke ni” hati saya meneka

 ....jari telunjuknya tertunjuk ke arah wajah di dalam gambar tersebut

 ” MADER “ dia berbahasa..

oh mak(mother)  dia..saya ingat MENDER tadi..gaya seperti india muslim..ada tak kita simpan gambar ayah mak kita untuk tatapan kita..?(soal lah pada diri kita)

pemuda itu mengambil botol yang berisi air lalu diminumnyya..dia sempat menujukkan saya..dia isyaratlan air kepada dirinya..disana susah untuk dapat air..hiba rasa hati mendengar kisahnya..walaupun detik perkenalan saya dan dia sekejap Cuma..tapi saya sudah dapat merasakan penderitaan rakyat di bangladesh...berjuang mencari sesuap nasi..

“hoih . MARI-MARI..”

 saya ingatkan bangla mana pulak yang memekak di dalam bas..rupanya pmandu bas memanggil orang asing tadi bersama pemuda yang duduk di tepi saya..destinasi sudah sampai maka tamatlah pertemuan kami..sempat kami bersalaman..walaupun mereka ini jauh berbeza dari segi rupa , bangsa , bahasa..tapi mereka tetap saudara kita..keihklasan hati mereka lebih mulia..

syukurlah kita pada diri kita..nikmat yang tidak ternilai
 Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Ar-Rahman


Huzaifah
kg nakhoda
kuala Lumpur


 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: