DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

PERBINCANGAN USRAH PADA HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim..



Hari ini saya tertarik dengan usrah pada kali ini , mungkin sudah saudara saudari pembaca mengagaknya..tapi betul -betul memberi makna baru pada saya..

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Annisa 61
Usrah hari ini berbincang pasal jenayah yang tak kelam yang tak pernah padam dari lingkungan hidup , semua membincangnya.kalau sebuah kampung tak ada kes jenayah maka tak sahlah kampung tu..mungkin kampung tu tak wujud...mungkin semua orang dah wajib jadi mangsa jenayah..rompak , samun , curi telur ayam , orang minyak , orang plastik , orang besi..ragut , rogol , buang anak tingkat 16.tohok mak , baling nenek , simbah asid , simbah air kopi..tarik rambut...kerat lapan belas..kalau nak saya listkan disini , berjela-jela panjangnya..

Semua pencegahan jenayah pada hari ini tidak dapat dibendung dan langsung tidak memberi kesan kepada orang-orang tersebut..tengok di dada-dada akhbar , kes dadah , makin banyak polis jumpa ,makin menjadi-jadi..lama –lama saya pasti polis akan merasa letih seterusnya akan berkembangnya kes-kes tadi..kes samun wajib kita tonton hari-hari dI ruangan berita-berita..

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
-anNur 18-
Yang hanya pakai>>

HUKUM 365
ini biasa dijalankan kerajaan malaysia
3 TAHUN PENJARA  6 KALI SEBAT 5000 DENDA

Jadi semua ini tidak menjadi kesan..sebaliknya pula ramai manusia yang apply permohonan untuk masuk ke penjara..ada juga yang rasa diri mereka nak tambah ilmu..aisy tak masuk akal rasanya tapi inilah realiti masa kini , perbuatan ibarat mahu di cekup , mahu tidur lokap..walaupun mulut kata tak nak..

Yang penting bagi mereka....
Boleh diibarat orang yang keluar dari pada penjara ibarat sudah graduasi sijil ini yang bertambah hebat ilmu pengajian mereka..apa taknya..SIJIL PENCURIAN MOTORCYLE PLUS SIJIL PENCURIAN KERETA( double )

Yuran pun free , makan pun free..best kan..
Bila orang yang curi motor masuk penjara , jumpa dengan geng curi kereta..
A:Eh..aku masuk lokap sebab curi motor..
B: apa kelas kau curi motor , ini hah mat car pakar curi keta , kalau jual boleh dapat ribu2..
A: habis mcm mana boleh masuk penjara seterer-terer kau?
B:aku masuk tempat ini pun sebab nak sambung pengajian lagi..keluar nanti aku dapatlah diploma ke , ijazah ke , master..
Makin kerap  kau masuk , boleh dapat title Doktor tau? DR Pakar Samun..
jadi bila mereka dah kongsi pengalaman dan ilmu bahaya pada yang lain2..maka keluarlah mereka dengan sijil –sijil sekali.. yang ada bertambah plus plus..
ilmu yang tidak disandarkan kepada agama , maka inilah jadinya
begitulah hakikatnya undang –undang ciptaan manusia..langsung tidak berkesan..

saya ada juga mendengar siaran radio membincangkan pelaksanaan hukum-hukum..cumanya hakim-hakim tidak open hanya terbatas pada ilmu yang dipelajarinya sahaja , tidak cuba untuk mengembangkan  ke luar kawasan..

jadi kita bukan perlu pilih undang-undang islam..kita wajib memperjuang undang-undang islam supaya berada di tempat yang tertinggi..insyaAllah..sudah kita melihat hasilnya undang-undang ciptaan manusia hampir 60 tahun diuji , memang hasil eksperimen yang mengecewakan , jadilah jom sama-sama menyokong penubuhan negara berkebajikan yang mana islam diletakkan di tempat yang tinggi , tak perlu bagi masa 60 tahun , saya yakin antara 5 – 10 tahun ,terbukti berkesan , eksperiman yang yakin berkesan..sebab dicop sahkan dan diperakukan nilai oleh Pencipta manusia ..yakni Allah SWT..

manusia yang selamat adalah yang taat
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
-Al ayah Yunus-

Dan Allah SWT telah menjamin kemenangan
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
-al Fath 02-
 wallahu a`lam

¤ ittaqullah ¤

0 comments: